28 May 2012

Semoga Allah Merahmati

Pagi yang sangat indah hari ini...walaupun masih sakit2 badan akibat exercise kat Pantai Klebang, Melaka sabtu lepas, tapi disebabkan impian yang telah tercapai, Cik Husna excited sangat..hehehe...thanks mak n abah...love u so much...

Tapi bila bukak ja facebook pagi ni, rasa berdebar2 plak perasaan ni...Tapi Cik Husna tak cepat melatah, always think positive okey!!!Apapun yang berlaku lepas ni, redhalah..mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya...

Kadangkala, kita masih dihantui kesilapan silam, bukan kerana masih tidak dapat memaafkan diri sendiri, tapi kerana perasaan itu sentiasa hadir di jiwa..Ya Allah, redhalah hati ini dengan apa yang berlaku..Hidup ini, adakalanya ada sesuatu yang tidak perlu kita usik dan hebohkan kepada dunia..Biarkan tertutup rapat dan kejap, cukuplah hanya Dia yang tahu dan memahami,kerana dunia ini penuh penipuan, kadang kala aduan kepada manusia disalah anggap malah sebaliknya menjadi senjata membunuh jiwa dengan penuh hina..Ya Allah, apa yang hambamu ni dah lakukan...Sepatutnya kepadaMu sahaja yang patut aku mengadu...Dengan kesilapan dan dosa-dosa yang terjadi, hati itu tidak akan tenang dengan diri berlagak gembira dan berlakon seperti tiada apa-apa yang pernah berlaku. Kerana hakikatnya, semakin diri cuba menjauhi, semakin diburu rasa bersalah yang teramat. Penyelesaiannya, hadapi dengan tabah dan mulakan semula dengan pembaikan keretakan jiwa.

Alhamdulillah, terima kasih kawan..Kehadiranmu kadangkala membuatkan hati ini rasa gembira walaupun kadangkala tidak dapat mengubati hati yang terluka itu..Kadangkala mahu saja menangis, berendam air mata, membiarkan sahaja air jernih itu keluar dari kelopak mata dan membasahi pipi ini...Airmata itu ALLAh Ta’ala tidak ciptakan dengan sia-sia. Adakalanya ia boleh menjadi kedukaan yang diterjemahkan menjadi titisan-titisan mata. Juga menjadi bahasa yang mewakili bongkah dalam jiwa yang tidak dapat diungkapkan dek bibir sendiri. Tanda penyesalan terhadap diri sendiri, juga boleh mewakili.InsyaAllah, mungkin lepas menangis, hilanglah kedukaan di hati dan membawa keyakinan yang baru di hati ini...Tabahkanlah wahai hati...

Perjalanan di dunia ini memang meletihkan, namun kita tidak seharusnya mudah melatah..harungilah dengan penuh ketabahan walaupun cabaran dan dugaan silih berganti menduga kita..Muhasabahkan diri, tarik nafas dalam2 dan hembuskan, agar berlalu semua kedukaan yang berada di hati ini...Ya Allah, aku tahu Engkau menyaksikan setiap kejadian.Kerana Engkau yang telah mengizinkannya untuk berlaku. Maka dengan sisa hidup yang masih Engkau berikan, bantulah setiap hamba-Mu yang penuh kehinaan untuk menebus kesilapan dengan sebuah permulaan yang baik dan pengakhiran yang baik.

Biar pergiku ini, pergi dalam keredhaan-Mu. Dalam rahmat maghfirah-Mu.
Engkau mengetahui setiap degupan jantungku.
Perlahan mahupun cepat.
Tuhanku, jangan biarkan aku tersadai di persisiran dunia tanpa hidayah dari-Mu. Jangan biarkan aku tersesat jalan dan jatuh pada kebinasaan sendiri yang hanya akan membuatkan diri yang lemah ini terhumban ke neraka-Mu.
Rabbee, aku persembahkan diri yang penuh dusta dan hina ini di hadapan-Mu. Ku persembahkan diri ini yang dipenuhi dengan kudis-kudis dosa kepada-Mu. Aku akui penyesalan dengan lafaz kata hatta Engkau Maha Mengetahui segalanya.

Semoga ALLAh merahmati.