23 March 2012

:: Takdir ::

apa yang kita lalui,
itu adalah apa yang telah Allah takdirkan untuk kita.
apa yang telah kita alami,
itu menjadi sesuatu yang sangat istimewa buat kita.
peristiwa yang pernah membuat kita ketawa, menangis, gembira mahupun sedih.
orang lain mungkin tak akan pernah tahu.
namun, mungkin ada insan lain yang melalui perkara yang sama,

tapi, ‘rasa’ itu tak akan sama,
kerana keadaan kita berbeza.

biarlah,
andai jalanan kehidupan kita tak sama seperti insan lain.
redhalah,
andai ketentuan perjalanan kita,
tidak seperti orang lain.
siapa tahu,
perbezaan itulah yang membuat kita “istimewa”.
pelik dipandangan manusia,
namun istimewa pada nilaian Allah. 


 Petikan yang Cik Husna ambik dari seorang sahabat, membuatkan diriku rasa syahdu dan sebak sekali..apa yang dikatakan membuatkan hati kecilku menangis mengenangkan kembali  apa yang dah berlaku dulu..kenangan yang terlalu pahit dan menjadi titik hitam dalam kehidupan.

Alangkah indahnya andai dapat kembali ke zaman kecik dulu, tak perlu nak mengenangkan dan melalui apa yang berlaku sebelum ni, hanya tahu bermain dan ketawa...apapun aku redha dengan apa yang berlaku, mungkin Allah sayangkanku, sbb tu Allah memberi ujian dan dugaan yang berat untukku..InsyaAllah,aku akan teruskan kehidupan ini...tutup buku lama, buka buku baru...thanks for everything sbb memberi semangat untukku meneruskan liku-liku perjalanan hidup ini...andai ada jodoh kita, insyaAllah aku akan sentiasa berada di sisimu..akan menjadi pelengkap kehidupanmu, dan berusaha menjadi yang terbaik. Terimalah diriku seadanya, bukan siapa aku sebelum ni, tetapi siapa aku pada masa sekarang dan pada masa akan datang...


Mungkin aku pernah membuat kesilapan, tapi manusia boleh berubah kan? kalau perubahan itu ke arah kebaikan, insyaAllah Allah akan sentiasa menjadi petunjuk buat kita untuk kembali ke jalan yang diredhainya...Aminnnn.....

17 March 2012

:: Andai Kau Jodohku ::

Entah mengapa aku merasakan diri ini begitu dihargai, disayangi oleh seseorang insan. Jika benar dia ikhlas menerima aku seadanya, akulah insan yang paling gembira dan bertuah sekali. Aku bukanlah mengimpikan putera dari kayangan, cukuplah sekadar menumpang kasih sayangnya dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini..Andai dia tidak dapat menerimaku atas kekurangan diri ini, aku tetap redha atas takdir yang Engkau telah tetapkan buatku. Cukuplah sekadar aku mengimpikan sesuatu yang indah dalam hidup ini walaupun aku tidak dapat memilikinya.  

Di saat ini, hati ini terlalu sebak memikirkan kesilapan-kesilapan yang aku pernah lakukan dulu. Mana mungkin aku dapat berpatah balik, tapi yang paling aku pasti ialah aku mesti lebih tabah dalam melalui liku-liku kehidupan ini. Aku mesti kuat mengharungi apa jua cabaran dan dugaan yang mendatang. Aku juga mesti redha dengan apa yang telah terjadi. Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosaku ini Ya Allah. Sesungguhnya, aku hanyalah insan yang hina dan lemah. 

Aku bersyukur padamu Ya Allah, kerana masih diberi kesempatan buatku dalam mencari kekuatan diriku yang sebenar. Terima kasih kerana mengambilku kembali untuk dilindungi dan dijaga..Sesungguhnya aku hanyalah insan yang sentiasa leka dengan permainan duniawi..Kadangkala aku tidak mengerti mengapa aku diuji dengan sebegitu rupa, terlalu perit dan pedih yang aku rasakan. Ya Allah, ampunkan segala kesilapanku, hanya kepadaMu aku berserah dan berdoa, kalaulah dia betul-betul pilihan yang tepat untuk aku dunia dan akhirat, pertemukanlah jodoh kami. Jadikan dia sebagai suamiku, kalau tidak baik, elakkanlah. Sesungguhnya kepadamu aku berserah..Hanya Kau yang tahu apa yang terbaik buat diriku.

Awak,
Andai kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku dan juga hatimu. Itu janji Allah. Andainya kaulah jodohku, terimalah aku seadanya, seorang insan yang tidak sempurna dan lagi serba kekurangan. Aku bukanlah puteri dari kayangan,seperti yang engkau impikan, aku hanyalah wanita yang serba kekurangan. Andai kau menyayangiku dan mengasihiku, percayalah hanya engkau yang akan bertakhta di hati ini. Aku bukanlah seorang wanita cerewet dalam memilih pasangan hidup, siapalah diri ini untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana...Andainya kaulah jodohku, aku akan menjaga setiap langkah perjalananku, menjaga setiap tutur kataku, dan menjaga setiap diriku dari pandangan orang lain. InsyaAllah. 

" Ya, Allah, Kau pimpinlah hatiku ini dalam mencari rahmat dan redhaMu. Bantulah aku dalam membuat keputusan yang bakal merubah masa depanku. Ya Rahman, andai benar dia milikku, namanya yang tercatat di Luh Mahfuz menjadi pasanganku, dirinya yang telah Kau suratkan menjadi pembimbingku, maka Kau bukalah pintu hatiku untuk menerimanya. Tenangkan hatiku andai keputusanku ini benar, dan berikan petunjukmu agar aku tidak tersasar dari jalanMu Ya Robb. Namun, andai bukan dia yang sepatutnya aku dampingi, maka jauhikan aku dari dirinya, kuatkan hatiku untuk menerima ketentuanMu. Kerana aku yakin, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu yang hina ini. Amiinn." 
Aku yakin setiap manusia punyai kelebihan dan kekurangan. Dan perkahwinan adalah pelengkapnya. Perkahwinan itu fitrah, perkahwinan itu sunnah. Mendirikan rumahtangga bermakna telah mendirikan sebahagian agama. Tidak perlu mencari yang terlalu sempurna, tetapi berusahalah menjadikan pasangan kita sempurna.

Aku hanyalah mahu melengkapkan tulang rusuk yang hilang dan aku berharap agar boleh melengkapkan tulang rusuk untuk membantu,melindungi,menjaga walaupun diriku tidak sempurna mana. siapa dan bagaimana,hanya DIA Maha Mengetahui :)

Ya Allah...!
andai dia jodohku tunjukkan aku jalan agar dia menjadi milikku..andai dia milikku sabarkan lah hatiku..andai dia jodoh ku tetapkan lah iman ku..

Ya Allah..
andai dia bukan jodohku kau hilangkan kenangan bersama si dia agar ku setia pada yang satu !andai perpisahan terbaik buatku,kau peliharalah dia..kau pertemukan orang yang terbaik untuk dirinya...sesungguhnya aku tak layak untuk bersama si dia..


....Aminnnn... 


14 March 2012

::Warkah buatmu ::


Telah tercatat namamu untukku di Luh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..
Aku hanya menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikanku tulang rusukmu.

Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan.. Aku bukanlah wanita yang baik, aku wanita yang banyak kekurangan dan kelemahan.

Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, ketua keluargaku serta ayah kepada anak-anakku nanti.
Siapakah dirimu? Yang mana satukah dirimu? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku? Adakah kau belum hadir dalam hidupku? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Pertama sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup pintu aib dengan sempurna, memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu.

Di dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku terpengaruh dengan maksiat di sekeliling.. Seringkali aku berfikir, masihkah kau akan menerima diriku yang penuh dengan dosa noda ini? Aku pasti, semestinya kau mengharapkan seorang wanita yang suci, yang hatinya belum di isi oleh mana-mana lelaki, yang dirinya belum di sentuh oleh mana-mana lelaki walaupun hujung jari.

Andainya aku dapat ulang semula waktu zaman remajaku dulu, pasti akan terpelihara segala milikku hanya untukmu.. Diriku.. bukan seindah segar yang kau harapkan. Untukku persembahkan, menghadiahkan padamu sebagai lambang sucinya cintaku padamu.

Alangkah indahnya jika kau boleh menerima diriku seadanya. Alangkah indahnya jika kau mengatakan “usah dipersoalkan keterlanjuran di masa silam”. Aku sedia menerimamu seadanya sebagai suamiku. Kerana kita hanya insan biasa.. Aku tak pernah menyesal memilihmu. Terima kasih dan segala sujud syukur pada Ilahi yang telah membuka hatimu untukku dan menerima diriku seadanya..

Sayangku, Kasihku, Cintaku, Hatiku, Rinduku, Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak yang selayaknya menerima kata-kata cintaku.

Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini. Maafkan aku. Sungguh, aku telah mudah mengucapkan kata-kataku pada orang lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku bakal suamiku.

Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.

Maafkan aku lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya..

Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak mahligai kita.. Aku di heret oleh sifat rakus lelaki yang mengaburi mataku.

Di mana kau pada waktu itu? Di mana kau untuk melindungiku? Adakah kau juga turut sama membiarkan aku lalai, leka dengan syaitan yang bertopengkan manusia? Adakah kau saja membiarkan aku begitu dan juga merasai mempergunakan aku? Jika tidak, Di mana kau untuk mempertahankan aku dari mereka?

Jika kau tahu, apakah tindakanmu untuk menghalang mereka dari terus mengheret aku ke lembah kemaksiatan? Mengapa kau biarkan aku diperlakukan sebegitu, mengapa kau membiarkan seorang dari mereka menghancurkan hati ini, melukakan hati ini, mengguris hati ini, mengecewakan hati ini, mencincang hati ini tanpa belas kasihan? Di mana kau bakal suamiku…

Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membantuku, anak-anakku menuju ke Jannah. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita.

Indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan bacaan hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama.

Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..

Maafkan aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah aku mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah, di berkati Allah? Salahkah aku ingin mengecapi manisnya iman bersamamu dan zuriat kita? Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan syariat, yang bersandarkan pada Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan kucar-kacir..

Bagaimana nak menghasilkan sebuah keluarga yang soleh jika hubungan sebelum akad pun sudah di kotori dengan dosa noda, titik-titik hitam, debu-debu kekotoran ? Ku mengharapkan hubungan yang suci denganmu sebelum akad.

Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa benar aku adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda lagha.

Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Moga kau sedia menerimaku. Yang lepas biarlah lepas. Aku betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..

Aku di sini. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..

p/s * Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tentang jodoh, yakinlah jodoh itu cerminan diri. Maka teruslah jadi baik untuk mendapat yang terbaik. InsyaAllah. Dari hati yang ikhlas, hanya untukmu. Bakal suamiku yang aku belum tahu siapakah dirimu yang sebenarnya.

Aku Yang Akan Kau Kahwini Adalah Wanita Biasa


Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..
Terima kasih karena telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa,yang sangat jauh dari sempurna.

Kerananya ku ingin kau tahu,
aku bukan wanita yang sempurna,
aku begitu banyak kekurangan.

Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..
Aku tak sebijak bunda khadijah,
kerananya ku ingin kau tahu,
aku boleh saja berbuat salah dan begitu menyebalkan.
Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku,
jangan marah padaku,
nasihati aku dengan hikmah,
kerana bagiku kaulah pemimpinku,
tak akan berani ku membangkang padamu..


Duhai kau yang telah memilihku kelak..

Ingatlah, tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu,
ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek.
Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur,
menyiapkan makan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti
–insya’Allah-.


Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap.
Atau kerana seharian ku harus membenahi istana kecil kita,
agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat.
 

Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja..
maka tegurlah aku, dan khabarkan padaku dengan lemah lembut dan bijaksana…
Ataukah kau akan menemukanku tersenguk-senguk saat mendengar keluhan dan ceritamu,
bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasa,
tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak,
aku tak sedetikpun tertidur kerana harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang sakit,
dan ku tahu kau letih mengais rezeki untuk kami,
maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu..
 

Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku,
maka tetaplah tersenyum padaku,
kerana kau adalah kekuatanku..
 

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..
 

Ketahuilah, mungkin ada saatnya, aku tak sesabar Fatimah,
ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah,
menangis dan tak terkawal,
bukan kerana ku membangkang padamu,
tapi aku hanya wanita biasa,
aku juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku,
tempat untuk melepaskan penatku,
dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu,
atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu,
maka bersabarlah,
yang aku perlukan hanya pelukan dan belaianmu..
Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..
 

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan
memukul pelan si kecil kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis-habisnya.
Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya,
tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya.
 

Maka jangan membentakku kerana telah menyakiti buah hati kita,
tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku,
tegurlah aku dengan hikmah,
karena dengan itu ku tahu kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian,
dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita,
dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya,
dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..
 

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..
 

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah..
Maka jangan pernah bosan mengajariku,
membimbingku ke arah-Nya,
walau terkadang aku begitu bebal dan bodoh,
tapi jangan pernah letih mengajariku..
 

Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk
bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih.. 

Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah..
 

Bimbing tanganku ke JannahNya,
agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.   

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..
Seiring berjalannya waktu,
kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah,
akan menipis dan memutih.
Kulitku yang bersih akan mulai keriput.
Tanganku yang halus akan menjadi kasar..
Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik,
yang kau khutbah puluhan tahun yang lalu..   

Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu..
 

Maka jangan pernah berpaling dariku..
Kerana satu yang tak pernah berubah,
bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah,
Iaitu rasa cintaku padamu..  


Ketahuilah..
Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya,
telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..
Maka, cintailah aku,
dengan apa adanya aku..
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna..
Maafkan aku kerana aku bukan putri..
Aku hanya wanita biasa….
terimalah aku apa adanya dan bimbinglah aku menuju jalanNYA…..
semoga kita bisa sama-sama bahagia