07 November 2012

Karnival Sains & Inovasi Zon Tengah

Sekitar di Karnival Sains dan Inovasi Zon Tengah di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan pada 20-21 Oktober yang lepas....berulang alik menaiki bas MOSTI pada awal pagi untuk bertugas sebagai sukarelawan 1M4U MOSTI...orang cakap menyelam sambil minum air, hehehe...tugas pon buat, sambil tu mencuba beberapa aktiviti kat sana seperti naik segway, berjalan menggunakan sky runner, dan masuk dalam mini planetarium...:) jom layan gambar-gambar kat bawah...


hehe..bergambar ngan boiboiboiiii....


'segway'...mmg best!!!

sempat ja nak posing skali...hehehe

memerlukan bantuan untuk berdiri menggunakan sky runner ni...

hehehehe..tak berani nak lepaskan tangan dari tiang tu

yay!!!akhirnya berjaya melepaskan tangan...

akhirnya berjaya lepaskan tangan dan berjalan setempat, tak berani nak berjalan ke depan...hihih..kalau jatuh tersungkur, mcm mn la depa boleh berjalan seimbangkan badan guna sky runner ni :)

oooppppsss!!! yaya in da house....


jgn jeles ya....rasanya saya sorang yang berjaya melepaskan tangan....

senyum melebar sbb dapat naik segway...

ni sorang lagi sengih lebar...hihihihi

jaga-jaga shikin...jatuh kang!!!

haha..ni kena papah sampai dua orang...

ni pon lagi sorang...hihihihi

pelajar UiTM melukis menggunakan cat sembur...(rasanya btol la kot)

pegawai-pegawai dari Agensi Angkasa Negara

kapal terbang menggunakan alat kawalan jauh..

APA YANG SUDAH PERGI, BIARKANLAH IA PERGI



Mengingat-ingat masa lalu dan bersedih hati kerananya ada satu tindakan bodoh dan gila. Lebih daripada itu, ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan sendiri. Bagi orang yang berfikiran waras, kenangan masa lalu sepatutnya dilipat dan disimpan, bukan dibuka dan dipersoalkan. Ia perlu ditutup buat selama-lamanya. Tidak perlu diingat dan dikenang kembali. Ia sudah berlalu dan sudahpun selesai. Maka ia tidak mungkin kembali dengan apa juga kesedihan, kedukaan dan kegelisahan kerana ia adalah sesuatu yang sudah tiada. Jangan biarkan hidup ini dihantui masa lalu, jangan biarkan diri kita dibayangi oleh kenangan yang sudah berlalu. Lepaskanlah diri daripada pengaruh dan bayangan masa lampau. Kembali masa lalu, meletakkan diri kita dalam kemelut dan tragedi

Yang lepas biarkan lepas, terimalah dengan ikhlas dan redha. Fikirkan yang ke depan dan jadikan semalam sebagai panduan untuk tidak mengulangi lagi kesilapan yang sama. Jangan cepat putus asa dan kecewa. InsyaAllah setiap masalah ada hikmahnya bagi mereka yang benar-benar bersabar dan redha seikhlas hati dengan ujian Allah SWT. Semangat dan azam untuk hidup di masa depan tanpa kesedihan, tanpa keresahan, tanpa kemarahan, tanpa kedengkian dan tanpa kebencian.


p/s: Percaya pada diri sendiri, dengan semangat dan azam yang kuat. InsyaAllah, Allah akan merahmati...

21 September 2012

Sihir Pelalau : Penghalang jodoh seseorang

 Assalamualaikum,

Dah lama Husna tak update blog ni, kekangan kerja dan kesibukan diri membuatkan Husna tak sempat nak menjenguk pun...Di hari Jumaat yang mulia ni, kebetulan waktu rehat yang agak panjang baru terdetik di hati nak menjenguk blog dan menulis sesuatu...Tajuk kali ni adalah Sihir Pelalau iaitu sihir bagi penghalang jodoh seseorang.

Rasa-rasanya masih ramai kawan kita yang masih membujang...pernahkah kita terfikir sama ada situasi 'berat jodoh' yang kita hadapi itu ada kaitan dengan gangguan sihir ataupun jin pemisah...Cuba anda kesan melalui tanda-tanda yang telah dikenalpasti hasil pengalaman mangsa dan pengamal rawatan Islam ini. Jika banyak YA daripada TIDAK, kemungkinan anda sedang menghadapi gangguan jin asyik (jin jatuh cinta pada manusia) atau kemungkinan menghadapi sihir gagal nikah.

Tanda-tanda Gangguan Jin Asyik dan Sihir Gagal Nikah / Sihir Pembenci / Sihir Pemisah / Sihir Pelalau :

  1. fikiran selalu runsing
  2. sakit-sakit di belakang bahagian bawah
  3. badan lesu, selalu letih
  4. sakit perut selalu
  5. sakit kulit
  6. rasa ada seseorang tidur di sebelah
  7. terasa 'disentuh' ketika tidur, bila sedar..badan tak dapat bergerak (dihimpit)
  8. suka menyendiri, pendiam
  9. selalu mimpi hamil / dukung anak macam anak sendiri
  10. selalu mimpi 'bersama' dengan seorg yg tak dikenali
  11. orang nampak tidurnya seperti sedang mengeluh
  12. orang nampak tidurnya dgn mengunyah..gigi berlaga
  13. selalu rasa ada sesuatu bergerak di bawah kulit
  14. selalu sesak nafas waktu petang lepas asar
  15. imsomnia - lama cuba tidur tapi tak dapat tidur walaupun badan dah letih
  16. bila dah tidur, selalu terjaga tengah malam
  17. selalu mimpi binatang/mahkluk huduh / kena kejar / melompat terjun dari tempat tinggi / kena bunuh / mimpi kawen
  18. selalu kena period pain
  19. ada migrain yg kronik
  20. sakit-sakit lain yg susah nak sembuh, contohnya resdung
  21. halangan masa beribadat contohnya mengantuk masa mengaji, solat n berzikir.
  22. selalu benci dgn org yg nak jadikan calon isteri / bila dah berkenan, ada halangan yg buat tak jadi
Sihir pelalau (penghalang jodoh) dengan jin asyik adalah dua gangguan yang berbeza. Gangguan jin asyik datang dalam keadaan sedar dan nyata (bukan dalam mimpi) tapi tidak melihatkan dirinya, semua perbuatannya boleh dirasa dengan nyata. Jin sihir penghalang jodoh selalunya duduk dalam badan mangsa.
Tanda mimpi yang selalu berlaku bagi sihir penghalang jodoh ialah mimpi menakutkan jatuh dari tempat tinggi, atau lain lain mimpi yang menakutkan dan akan terjaga selepas bermimpi tengah malam.

Putus tunang beberapa kali tanpa sebab-sebab yang menasabah, perhubungan yang baru terjalin akan putus tanpa sebab, tanpa alasan datangnya perasaan benci kalau ada orang yang berminat, pandangan mata mangsa dan orang lain telah disihir tidak melihat rupa diri yang sebenarnya, harus berhati hati dan segera dirawat dengan rawatan al-Quran, jangan jumpa rawatan tradisi yang tidak mengamal al-Quran...

Sihir merupakan perbuatan syirik dan menyekutukan Allah Taala. Ia merupakan perbuatan yang dianggap satu dosa besar dan memesongkan akidah. Jauhi dari melakukan perbuatan ini kerana ia akan menghumbankan diri dalam serba kehinaan di hadapan Allah kelak.

Sihir, selalunya dilakukan dengan bantuan jin dan iblis. Sihir adalah satu cara ilmu hitam yang menyesatkan untuk menyakitkan manusia lain. Sihir merupakan satu-satunya ilmu yang diharamkan untuk belajar, namun ada pendapat menyatakan ia satu ilmu yang harus anda tahu agar dapat melindungi diri dari terkena sihir.

Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Hanya saja syaitan-syaitan itu sajalah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia." (Al-Baqarah: 102)

Jadi, bagaimana nak tahu seseorang terkena sihir? Antara simpton atau tanda-tanda seseorang terkena sihir ... salah satunya ialah sakit anggota badan.

Sakit badan ini meliputi perkara berikut:
  1. Sakit pada anggota badan tertentu seperti di tengkok, kepala, bahu, pinggang, tulang belakang. tulang belikat, sendi-sendi, tangan, kaki, rahim, dada, perut, tapak kaki dan sebagainya. Sakitnya seperti dicucuk jarum atau bisa atau pun lengoh, atau panas pijar seperti terkena lada. Kadang kala kepala terasa dicengkam dan leher terasa dicekik.
  2. Sakit menyeluruh daripada dua hujung kaki hingga ke kepala, kadang-kadang sakit itu berpindah atau berjalan dari setempat ke setempat, contohnya hari ini sakit di bahagian kaki dan esoknya sakit di bahagian bahu dan lengan.
  3. Sakit di bahagian kepala - bisa dan pening. Ada pesakit merasa macam keadaan mabuk dan tak stabil. Berdiri dengan keadaan tidak stabil seolah-olah mabuk laut.
  4. Perut kembung tanpa sebab dan diikuti dengan sesak nafas. Sedawa yang berpanjangan tanpa sebab.
Sihir ini perbuatan jin dan syaitan, dan daripada manusia yang mahu merosakkan orang lain sebab dengki, cemburu, tak puas hati, cemburu, kes tolak pinangan, etc. Kita sendiri tak akan sedar perkara ini telah berlaku pada diri sendiri, dan itulah apa yang berlaku...jangan terlalu ambil mudah akan perkara ini, berjumpalah dengan pengamal perubatan Islam, untuk mengenal pasti puncanya, mungkin hanyalah sakit biasa tetapi mungkin juga sakit yang luar biasa iaitu sakit atas buatan orang lain..

Akhir kata, apa yang Husna coretkan kat sini hanyalah sebagai panduan kita bersama...Apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya...Alhamdulillah, atas apa yang terjadi sebelum ini membuatkan Husna lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan..menjadikan diri sendiri lebih kuat dan tabah dalam menghadapi apa jua rintangan walaupun kadang-kadang tewas jua...tapi yakinlah, setiap apa yang berlaku, tetap akan ada pembalasannya...Janganlah kita berbuat kejahatan dan menganiaya orang lain yang tidak bersalah...dan mohonlah keampunan selagi masih ada kesempatan.

p/s : terasa bersalah kepada semua yang telah menaruh harapan...Maafkan saya. :'(

17 July 2012

Chaiyokk Husna!!

Kata orang kalau banyak sangat berfikir boleh merosakkan jiwa. Kata orang lagi kalau banyak sangat bersedih boleh merosakkan jantung. Aku rasa cukuplah dengan apa yang sudah berlaku pada aku, nampaknya kena bersusah payah jugak untuk forgive & forget!Alhamdulillah, Allah beriku ketabahan dan kecekalan. Sentiasa berfikiran positif dan semakin fokus tentang apa yang aku mahukan dalam kehidupan ini. Perlahan-lahan akanku lepaskan kenangan itu pergi dan berdoa semoga ada hikmah dan pengajaran disebaliknya dan ada kebahagian yang lebih hakiki lagi menanti di kemudian hari.

La Tahzan

Kadang-kadang apabila kita berada dalam keadaan gelisah, kita rasa tak tentu arah..tak tahu apa yang harus dilakukan. Kadang-kadang bila hati terlampau sedih, apa yang mampu kita lakukan ialah mengalirkan air mata. Ada ketikanya ketika kita benar-benar gembira juga, air mata akan mengalir tanpa sedar. Segala kedukaan atau kegembiraan yang datang kepada kita datang dalam dua keadaan. Yang pertama nikmat, dan yang kedua ujian. Kita mesti yakin bahawa Allah tidak pernah menguji hambanya di luar daripada batas kemampuannya. Sekiranya kita diberikan ujian atau dugaan, itu tandanya Allah ingat pada kita, hambaNya yang kerdil ini. Allah sayang pada kita….dan Allah tahu kita mampu melalui ujian tersebut. Pasti ada hikmah di atas sesuatu kejadian. Mungkin Allah mahu menghapuskan dosa-dosa kita, atau Allah mahu hadiahkan kita dengan nikmat atau pelangi yang indah..La Tahzan...

13 June 2012

UKMR 2012

 Ujian Kemahiran Menembak Rela Peringkat Daerah Yan telah diadakan pada 13 Jun 2012 bertempat di Lapang Sasar Pusat Latihan Rela Wilayah Utara, Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah.
Bagi yang tidak pernah menggunakan senjata ini merupakan satu pengalaman baru yang berharga..aspek disiplin, mengikuti arahan, keselamatan antara perkara yang menjadi pengajaran. Dentuman-dentuman bunyi tembakan itu sendiri pun sudah bingit dan terngiang-ngiang di telinga.
Tabik kepada anggota keselamatan

sebelum start menembak, bertugas di bahagian perangkaan, daftar semua ahli dulu...

kak ani nak try pegang dulu sebelum menembak nanti



Colt M16

senapang patah

lepas ni giliran saya nak menembak...wish me good luck..:)

ada ahli Rela yang bertugas di RTM, mula merakam aksi2 penembak utk slot di TV1 pada 18 jun nnt

tersusun indah...

peluru Colt M16


otai2 mengajar sebelum start menembak

menembak menggunakan senapang patah

pasang kuda2 dulu

johan kategori menembak jatuh piring berkumpulan (senapang patah)

aksi menembak menggunakan M16

johan bagi kategori Relawati menembak menggunakan M16

akhirnya jatuh jgak piring

wajah kegembiraan pemenang

05 June 2012

:: Pilihan Allah Adalah Yang Terbaik ::

Siapa lah kita untuk memilih .. aku juga bukan manusia sempurna .. banyak kekurangan & kelemahan .. yang sempurna itu adalah Allah .. biar Allah yang pilihkan untuk aku .. kita ini manusia biasa , merancang dan merancang .. Allah juga merancang , tapi perancangan Allah adalah yang terbaik buat kita . Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya .. kadang2 kita merancang dan merasakan apa yang kita rancangkan ini adalah yang terbaik , rupanya perancangan Allah lagi hebat .. Dia memberi yang lebih baik buat kita .. Alhamdulillah ..

Kadang2 kita sendiri tak tahu samada pilihan kita betul atau tidak .. teragak2 .. ragu2 .. berserah sepenuhnya kepada Allah .. istikharah lah .. Insyaallah akan diberi petunjuk .. pada aku , kalau pun kita meletakkan syarat panjang siapa bakal " Mr.Right " kita .. belum tentu Allah akan beri kita pilihan yang benar2 mengikut syarat2 yang kita letakkan.. Allah tahu apa yang terbaik buat kita . Jika kita mahukan yang cantik dan sempurna fizikalnya , mungkin pilihan Allah buat kita bukan seperti itu tetapi Allah telah memilihkan kita kepada yang lebih baik . Allah tak pernah silap , pilihannya buat kita adalah sentiasa terbaik .

" Jika datang dua pilihan , antara orang agama dengan orang beragama , maka pilihlah dia yang beragama iaitu yang mengamalkan agama dalam kehidupannya " 

Semua orang mengimpikan KEBAHAGIAAN , tapi apakah erti kebahagiaan sebenarnya. Tersenyum dan ketawa tidak membawa makna seseorang itu bahagia . Aku ni susah nak sayang orang, kecualilah family aku, aku suka berkawan, kadang-kadang aku takut ada yang tersalah faham.Memang benar " wanita yang baik untuk lelaki yang baik " .. tapi bukan lah bermakna orang jahat akan selamanya jahat kerana hanya layak buat mereka yang kurang agamanya, berusahalah memperbaiki diri , Insyaallah kita juga boleh mendapat yang lebih baik 

Akhirnya terjawab sudah semua persoalan yang menjadi tanda tanya. Ujian yang sama menimpa diri ini sekali lagi. Terima kasih atas semua kenangan indah selama dua tahun itu, aku doakan agar kau berbahagia dengannya...Cuma aku terkilan dengan sikap yang tidak berterus-terang itu, orang slalu cakap hubungan jarak jauh ni susah nak kekal, akhirnya aku percaya dengan hakikat itu, Ya Allah, tabahkan hati ini menerima ujianMu ini...

 Apabila berlakunya musibah, hadapilah dengan tabah dan pasrah, ambillah darinya segala 'ibrah (pengajaran), jadikanlah ianya sebagai khibrah (pengalaman), buat bekalan menempuh hayah (kehidupan), agar selamat dunia dan akhirah."


#masihmamputersenyum.. :)
 

28 May 2012

Semoga Allah Merahmati

Pagi yang sangat indah hari ini...walaupun masih sakit2 badan akibat exercise kat Pantai Klebang, Melaka sabtu lepas, tapi disebabkan impian yang telah tercapai, Cik Husna excited sangat..hehehe...thanks mak n abah...love u so much...

Tapi bila bukak ja facebook pagi ni, rasa berdebar2 plak perasaan ni...Tapi Cik Husna tak cepat melatah, always think positive okey!!!Apapun yang berlaku lepas ni, redhalah..mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya...

Kadangkala, kita masih dihantui kesilapan silam, bukan kerana masih tidak dapat memaafkan diri sendiri, tapi kerana perasaan itu sentiasa hadir di jiwa..Ya Allah, redhalah hati ini dengan apa yang berlaku..Hidup ini, adakalanya ada sesuatu yang tidak perlu kita usik dan hebohkan kepada dunia..Biarkan tertutup rapat dan kejap, cukuplah hanya Dia yang tahu dan memahami,kerana dunia ini penuh penipuan, kadang kala aduan kepada manusia disalah anggap malah sebaliknya menjadi senjata membunuh jiwa dengan penuh hina..Ya Allah, apa yang hambamu ni dah lakukan...Sepatutnya kepadaMu sahaja yang patut aku mengadu...Dengan kesilapan dan dosa-dosa yang terjadi, hati itu tidak akan tenang dengan diri berlagak gembira dan berlakon seperti tiada apa-apa yang pernah berlaku. Kerana hakikatnya, semakin diri cuba menjauhi, semakin diburu rasa bersalah yang teramat. Penyelesaiannya, hadapi dengan tabah dan mulakan semula dengan pembaikan keretakan jiwa.

Alhamdulillah, terima kasih kawan..Kehadiranmu kadangkala membuatkan hati ini rasa gembira walaupun kadangkala tidak dapat mengubati hati yang terluka itu..Kadangkala mahu saja menangis, berendam air mata, membiarkan sahaja air jernih itu keluar dari kelopak mata dan membasahi pipi ini...Airmata itu ALLAh Ta’ala tidak ciptakan dengan sia-sia. Adakalanya ia boleh menjadi kedukaan yang diterjemahkan menjadi titisan-titisan mata. Juga menjadi bahasa yang mewakili bongkah dalam jiwa yang tidak dapat diungkapkan dek bibir sendiri. Tanda penyesalan terhadap diri sendiri, juga boleh mewakili.InsyaAllah, mungkin lepas menangis, hilanglah kedukaan di hati dan membawa keyakinan yang baru di hati ini...Tabahkanlah wahai hati...

Perjalanan di dunia ini memang meletihkan, namun kita tidak seharusnya mudah melatah..harungilah dengan penuh ketabahan walaupun cabaran dan dugaan silih berganti menduga kita..Muhasabahkan diri, tarik nafas dalam2 dan hembuskan, agar berlalu semua kedukaan yang berada di hati ini...Ya Allah, aku tahu Engkau menyaksikan setiap kejadian.Kerana Engkau yang telah mengizinkannya untuk berlaku. Maka dengan sisa hidup yang masih Engkau berikan, bantulah setiap hamba-Mu yang penuh kehinaan untuk menebus kesilapan dengan sebuah permulaan yang baik dan pengakhiran yang baik.

Biar pergiku ini, pergi dalam keredhaan-Mu. Dalam rahmat maghfirah-Mu.
Engkau mengetahui setiap degupan jantungku.
Perlahan mahupun cepat.
Tuhanku, jangan biarkan aku tersadai di persisiran dunia tanpa hidayah dari-Mu. Jangan biarkan aku tersesat jalan dan jatuh pada kebinasaan sendiri yang hanya akan membuatkan diri yang lemah ini terhumban ke neraka-Mu.
Rabbee, aku persembahkan diri yang penuh dusta dan hina ini di hadapan-Mu. Ku persembahkan diri ini yang dipenuhi dengan kudis-kudis dosa kepada-Mu. Aku akui penyesalan dengan lafaz kata hatta Engkau Maha Mengetahui segalanya.

Semoga ALLAh merahmati.

23 March 2012

:: Takdir ::

apa yang kita lalui,
itu adalah apa yang telah Allah takdirkan untuk kita.
apa yang telah kita alami,
itu menjadi sesuatu yang sangat istimewa buat kita.
peristiwa yang pernah membuat kita ketawa, menangis, gembira mahupun sedih.
orang lain mungkin tak akan pernah tahu.
namun, mungkin ada insan lain yang melalui perkara yang sama,

tapi, ‘rasa’ itu tak akan sama,
kerana keadaan kita berbeza.

biarlah,
andai jalanan kehidupan kita tak sama seperti insan lain.
redhalah,
andai ketentuan perjalanan kita,
tidak seperti orang lain.
siapa tahu,
perbezaan itulah yang membuat kita “istimewa”.
pelik dipandangan manusia,
namun istimewa pada nilaian Allah. 


 Petikan yang Cik Husna ambik dari seorang sahabat, membuatkan diriku rasa syahdu dan sebak sekali..apa yang dikatakan membuatkan hati kecilku menangis mengenangkan kembali  apa yang dah berlaku dulu..kenangan yang terlalu pahit dan menjadi titik hitam dalam kehidupan.

Alangkah indahnya andai dapat kembali ke zaman kecik dulu, tak perlu nak mengenangkan dan melalui apa yang berlaku sebelum ni, hanya tahu bermain dan ketawa...apapun aku redha dengan apa yang berlaku, mungkin Allah sayangkanku, sbb tu Allah memberi ujian dan dugaan yang berat untukku..InsyaAllah,aku akan teruskan kehidupan ini...tutup buku lama, buka buku baru...thanks for everything sbb memberi semangat untukku meneruskan liku-liku perjalanan hidup ini...andai ada jodoh kita, insyaAllah aku akan sentiasa berada di sisimu..akan menjadi pelengkap kehidupanmu, dan berusaha menjadi yang terbaik. Terimalah diriku seadanya, bukan siapa aku sebelum ni, tetapi siapa aku pada masa sekarang dan pada masa akan datang...


Mungkin aku pernah membuat kesilapan, tapi manusia boleh berubah kan? kalau perubahan itu ke arah kebaikan, insyaAllah Allah akan sentiasa menjadi petunjuk buat kita untuk kembali ke jalan yang diredhainya...Aminnnn.....

17 March 2012

:: Andai Kau Jodohku ::

Entah mengapa aku merasakan diri ini begitu dihargai, disayangi oleh seseorang insan. Jika benar dia ikhlas menerima aku seadanya, akulah insan yang paling gembira dan bertuah sekali. Aku bukanlah mengimpikan putera dari kayangan, cukuplah sekadar menumpang kasih sayangnya dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini..Andai dia tidak dapat menerimaku atas kekurangan diri ini, aku tetap redha atas takdir yang Engkau telah tetapkan buatku. Cukuplah sekadar aku mengimpikan sesuatu yang indah dalam hidup ini walaupun aku tidak dapat memilikinya.  

Di saat ini, hati ini terlalu sebak memikirkan kesilapan-kesilapan yang aku pernah lakukan dulu. Mana mungkin aku dapat berpatah balik, tapi yang paling aku pasti ialah aku mesti lebih tabah dalam melalui liku-liku kehidupan ini. Aku mesti kuat mengharungi apa jua cabaran dan dugaan yang mendatang. Aku juga mesti redha dengan apa yang telah terjadi. Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosaku ini Ya Allah. Sesungguhnya, aku hanyalah insan yang hina dan lemah. 

Aku bersyukur padamu Ya Allah, kerana masih diberi kesempatan buatku dalam mencari kekuatan diriku yang sebenar. Terima kasih kerana mengambilku kembali untuk dilindungi dan dijaga..Sesungguhnya aku hanyalah insan yang sentiasa leka dengan permainan duniawi..Kadangkala aku tidak mengerti mengapa aku diuji dengan sebegitu rupa, terlalu perit dan pedih yang aku rasakan. Ya Allah, ampunkan segala kesilapanku, hanya kepadaMu aku berserah dan berdoa, kalaulah dia betul-betul pilihan yang tepat untuk aku dunia dan akhirat, pertemukanlah jodoh kami. Jadikan dia sebagai suamiku, kalau tidak baik, elakkanlah. Sesungguhnya kepadamu aku berserah..Hanya Kau yang tahu apa yang terbaik buat diriku.

Awak,
Andai kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku dan juga hatimu. Itu janji Allah. Andainya kaulah jodohku, terimalah aku seadanya, seorang insan yang tidak sempurna dan lagi serba kekurangan. Aku bukanlah puteri dari kayangan,seperti yang engkau impikan, aku hanyalah wanita yang serba kekurangan. Andai kau menyayangiku dan mengasihiku, percayalah hanya engkau yang akan bertakhta di hati ini. Aku bukanlah seorang wanita cerewet dalam memilih pasangan hidup, siapalah diri ini untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana...Andainya kaulah jodohku, aku akan menjaga setiap langkah perjalananku, menjaga setiap tutur kataku, dan menjaga setiap diriku dari pandangan orang lain. InsyaAllah. 

" Ya, Allah, Kau pimpinlah hatiku ini dalam mencari rahmat dan redhaMu. Bantulah aku dalam membuat keputusan yang bakal merubah masa depanku. Ya Rahman, andai benar dia milikku, namanya yang tercatat di Luh Mahfuz menjadi pasanganku, dirinya yang telah Kau suratkan menjadi pembimbingku, maka Kau bukalah pintu hatiku untuk menerimanya. Tenangkan hatiku andai keputusanku ini benar, dan berikan petunjukmu agar aku tidak tersasar dari jalanMu Ya Robb. Namun, andai bukan dia yang sepatutnya aku dampingi, maka jauhikan aku dari dirinya, kuatkan hatiku untuk menerima ketentuanMu. Kerana aku yakin, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu yang hina ini. Amiinn." 
Aku yakin setiap manusia punyai kelebihan dan kekurangan. Dan perkahwinan adalah pelengkapnya. Perkahwinan itu fitrah, perkahwinan itu sunnah. Mendirikan rumahtangga bermakna telah mendirikan sebahagian agama. Tidak perlu mencari yang terlalu sempurna, tetapi berusahalah menjadikan pasangan kita sempurna.

Aku hanyalah mahu melengkapkan tulang rusuk yang hilang dan aku berharap agar boleh melengkapkan tulang rusuk untuk membantu,melindungi,menjaga walaupun diriku tidak sempurna mana. siapa dan bagaimana,hanya DIA Maha Mengetahui :)

Ya Allah...!
andai dia jodohku tunjukkan aku jalan agar dia menjadi milikku..andai dia milikku sabarkan lah hatiku..andai dia jodoh ku tetapkan lah iman ku..

Ya Allah..
andai dia bukan jodohku kau hilangkan kenangan bersama si dia agar ku setia pada yang satu !andai perpisahan terbaik buatku,kau peliharalah dia..kau pertemukan orang yang terbaik untuk dirinya...sesungguhnya aku tak layak untuk bersama si dia..


....Aminnnn... 


14 March 2012

::Warkah buatmu ::


Telah tercatat namamu untukku di Luh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..
Aku hanya menulis sebuah warkah khas untukmu yang lahir dari sudut hati ini.. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikanku tulang rusukmu.

Maafkan aku jika warkah ini tak sehebat yang engkau harapkan.. Aku bukanlah wanita yang baik, aku wanita yang banyak kekurangan dan kelemahan.

Aku masih tertanya-tanya siapakah dirimu yang Allah telah ciptakan sebagai peneman hidupku, pelengkap hidupku, pembimbingku, ketua keluargaku serta ayah kepada anak-anakku nanti.
Siapakah dirimu? Yang mana satukah dirimu? Adakah kau sudah hadir dalam hidupku? Adakah kau belum hadir dalam hidupku? Adakah kita pernah bersama dan sudah berpisah? Mungkinkah kau akan hadir kembali dalam hidupku? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Pertama sekali, aku ingin memohon maaf darimu. Mungkinkah kau akan memaafkanku? Aku sepatutnya menjaga diriku, akhlak ku, menutup pintu aib dengan sempurna, memelihara diriku, seluruh kehormatanku hanya untukmu.

Di dunia yang tanpa sempadan ini, kadang kala aku tewas. Aku terpengaruh dengan maksiat di sekeliling.. Seringkali aku berfikir, masihkah kau akan menerima diriku yang penuh dengan dosa noda ini? Aku pasti, semestinya kau mengharapkan seorang wanita yang suci, yang hatinya belum di isi oleh mana-mana lelaki, yang dirinya belum di sentuh oleh mana-mana lelaki walaupun hujung jari.

Andainya aku dapat ulang semula waktu zaman remajaku dulu, pasti akan terpelihara segala milikku hanya untukmu.. Diriku.. bukan seindah segar yang kau harapkan. Untukku persembahkan, menghadiahkan padamu sebagai lambang sucinya cintaku padamu.

Alangkah indahnya jika kau boleh menerima diriku seadanya. Alangkah indahnya jika kau mengatakan “usah dipersoalkan keterlanjuran di masa silam”. Aku sedia menerimamu seadanya sebagai suamiku. Kerana kita hanya insan biasa.. Aku tak pernah menyesal memilihmu. Terima kasih dan segala sujud syukur pada Ilahi yang telah membuka hatimu untukku dan menerima diriku seadanya..

Sayangku, Kasihku, Cintaku, Hatiku, Rinduku, Kata-kata indah ini sepatutnya hanya aku ucapkan padamu. Hanya kau yang berhak yang selayaknya menerima kata-kata cintaku.

Maafkan aku jika kau bukan yang pertama aku ucapkan kata-kata sebegini. Maafkan aku. Sungguh, aku telah mudah mengucapkan kata-kataku pada orang lain yang pasti bukan milikku. Maafkan aku bakal suamiku.

Sepatutnya aku simpan semua kata-kata romantis itu hanya untukmu, hanya untuk dipersembahkan pada hari-hari selepas aku di ijab kabul denganmu.. Kata-kata yang terlalu berharga, yang lahir dari hati yang ikhlas.

Maafkan aku lagi jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya..

Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Maafkan aku.. Dalam perjalanan untuk bertemu denganmu, aku tergelincir di saat ingin mendaki ke puncak mahligai kita.. Aku di heret oleh sifat rakus lelaki yang mengaburi mataku.

Di mana kau pada waktu itu? Di mana kau untuk melindungiku? Adakah kau juga turut sama membiarkan aku lalai, leka dengan syaitan yang bertopengkan manusia? Adakah kau saja membiarkan aku begitu dan juga merasai mempergunakan aku? Jika tidak, Di mana kau untuk mempertahankan aku dari mereka?

Jika kau tahu, apakah tindakanmu untuk menghalang mereka dari terus mengheret aku ke lembah kemaksiatan? Mengapa kau biarkan aku diperlakukan sebegitu, mengapa kau membiarkan seorang dari mereka menghancurkan hati ini, melukakan hati ini, mengguris hati ini, mengecewakan hati ini, mencincang hati ini tanpa belas kasihan? Di mana kau bakal suamiku…

Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membantuku, anak-anakku menuju ke Jannah. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita.

Indahnya bila kita dapat beribadat bersama-sama. Solat berjemaah, Solat-solat sunat, Tahajud Cinta di Sepertiga Malam, Puasa Sunat, Membaca Al-quran, Membaca Tafsir, Menghidupkan bacaan hadith dalam rumah kita. Pasti indah bila semuanya di lakukan bersama.

Aku memerlukanmu, selama ini aku keseorangan mengamalkan semua itu. Kadangkala juga aku tidak mempunyai kekuatan untuk mengamalkan semua tu, aku lemah, ada yang aku tertinggal, aku tak istiqamah. Aku menzalimi diri aku sendiri. Jika kau bersamaku, pasti kau akan memberi semangat padaku, mengingatkanku, menasihatiku..

Maafkan aku semaaf-maafnya jika permintaanku ini sungguh keterlaluan. Salahkah aku mengimpikan rumahtangga yang di redhai Allah, di berkati Allah? Salahkah aku ingin mengecapi manisnya iman bersamamu dan zuriat kita? Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia, yang berlandaskan syariat, yang bersandarkan pada Ilahi. Aku tak sanggup melihat keluarga yang akan terbina nanti akan kucar-kacir..

Bagaimana nak menghasilkan sebuah keluarga yang soleh jika hubungan sebelum akad pun sudah di kotori dengan dosa noda, titik-titik hitam, debu-debu kekotoran ? Ku mengharapkan hubungan yang suci denganmu sebelum akad.

Jika kau sudah pasti, sudah mendapat petunjuk bahawa benar aku adalah untukmu, dekatilah aku dengan cara yang baik, dengan cara yang halal, dengan penuh hikmah. Aku tahu kau juga tahu apakah cara yang paling baik itu. Aku tak ingin hubungan ini di cemari dengan benda-benda lagha.

Kita hamba Allah yang tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Aku juga begitu, sentiasa melakukan dosa. Tak siapa tahu jika kesalahan yang pernah aku lakukan lebih besar darimu. Moga kau sedia menerimaku. Yang lepas biarlah lepas. Aku betul-betul menginsafi diri dan berazam tidak akan melakukannya lagi. Kerana kau pelengkap diriku, aku juga pelengkap dirimu..

Aku di sini. Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..

p/s * Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tentang jodoh, yakinlah jodoh itu cerminan diri. Maka teruslah jadi baik untuk mendapat yang terbaik. InsyaAllah. Dari hati yang ikhlas, hanya untukmu. Bakal suamiku yang aku belum tahu siapakah dirimu yang sebenarnya.