27 September 2011

:: Pindah Rumah Lagi ::

Assalamualaikum...

Sibuknya Cik Husna sampai tak sempat nak berblogging...nak update gambar manik pon tak sempat..Lepas raya ni, banyak sngat kerja smpai tiap2 ari boleh dikatakan balik kerja lewat..tambahan pulak partner dah start cuti bersalin 3 bulan, hope dia tak tambah cuti sampai hujung tahun, kalau tak terkapai2 la Cik Husna nnt...huhuhuhu...(@_@)

alhamdulillah,lepas raya ni rezeki Cik Husna murah..start kerja, ada ja tempahan baju untuk dimanikkan...tq untuk semua yg sokong hasil kerja tangan Cik Husna..love u all....mmmmuahhhh...

sebenarnya Cik Husna nak cita yang hujung minggu ni Cik Husna nak pindah umah lagi...ada banyak sebab kenapa Cik Husna perlu berpindah...tahun ni dah masuk kali kedua lepas 5 bulan kat rumah lama...InsyaAllah, Cik Husna percaya ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku...

Semalam dah start mengemas kain baju masuk dalam beg....haish, bila masa plak baju2 ni bertambah..hahahaha..tu la, tak lain dan tak bukan, diri sendiri yg salah...lepas ni baju2 yg tak nak pakai bawa balik kg yer Cik Husna....Penat la nak pindah ni, tambah2 plak banyak barang yg dah beli..rak dapur, periuk belanga, dapur, tv, meja...pastu penat nak mengusung barang2 ni...nak mengangkut masuk keluar kereta...Penat nak menyusun balik bila sampai kat bilik baru. Sebaik la barang aku tak la banyak. Tapi rasanya dua kali jalan jgak...Almaklumlah my love PJR 8497 tu comel sngat...so dek sebab sayangkannya, kena la berpada2.. Kali ni aku kene buat keputusan yang betul dan kali ni jugak kali terakhir aku pindah bilik.(harap la) Pasni kalau nak pindah pun, pindah masuk rumah suami je terus. Habis cerita..hehe...

Mungkin semua yang berlaku ni atas kesilapan aku dalam membuat sesuatu keputusan. Aku akui yang aku ni jenis buat keputusan tanpa fikir panjang dan suka ikut hati. Bak kata orang, ikut hati...MATI!.. Memang setimpal lah...Sebelum aku buat keputusan untuk berpindah bilik lagi, aku perlu membuat beberapa perkiraan yang sewajar untuk aku pertimbangkan. dan berharap keputusan kali ini membawa perubahan yang besar dalam hidup aku...insyaAllah...

 

02 September 2011

:: Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H ::

Salam....masih belum terlambat Cik Husna nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H walaupun hari ni dah hari raya yang ke-3....alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk menyambut hari lebaran pada tahun ini..semalam pun kita menyambut Hari Merdeka yang ke 54...ntahlah Hari Raya tahun ini agak menghambarkan bagi Cik Husna walaupun agak meriah dengan kehadiran family dan saudara mara tersayang....

Ntah dimana kesilapannya pun Cik Husna pun tak tahu, mungkin Cik Husna terlalu memikirkan banyak masalah, so mendatangkan banyak tekanan bagi Cik Husna...ntahlah sampai bila akan berakhir semua ini...Cik Husna harap sangat semua ni akan berakhir dan kembali seperti sedia kala....berubahlah sebelum terlambat..

Banyak sebenarnya Cik Husna nak tulis, tapi terpaksa dipendamkan dengan harapan semua ini akan berakhir....k la, tak nak sedih2 lagi dah....biarlah apa nak jadi sekalipun, dengan harapan semua ini hanya satu mimpi bg Cik Husna...hari ni sepupu Cik Husna dah pun bergelar seorang suami...almaklumlah seru dia dah sampai...Cik Husna bila lagi ek??? hahaha...soalan yang tiada jawapannya...

InsyaAllah, kalau ada jodoh kawin la Cik Husna nanti..yang penting bagi Cik Husna sekarang adalah mengharapkan yang terbaik berlaku dalam kehidupan Cik Husna sekarang ni...Ahad depan Cik Husna nak g Kelantan pulak ngan mak n abah, kawan Cik Husna plak yg nak berkahwin...tahniah diucapkan kepada Mohd Norisham a.k.a Isei....kawin jgak kawan cek ni walaupun Cik Husna tahu sejarah percintaannya dulu yang terputus di tengah jalan...tu la, orang yang bercinta 2,3 tahun pon boleh putus, ntahlah mungkin dah takda jodoh kan...


Hurmm....cuti cik Husna 2 minggu ni, ni dah hari yang ke 6 Cik Husna kat kampung...sekejap ja rasa...lom puas ag nak beraya...hahahaa...kepada Coklat Angin...Cik Husna harap semoga berbahagia selalu, mungkin sampai setakat ini saja pengharapan Cik Husna...terlalu perit rasa dalam 2 tahun ni...penantian yg mungkin tiada penyudahnya kan...hope, lepas ni carilah insan yang terbaik buatmu..mungkin Cik Husna bukan yg terbaik...maaf andai selama ni Cik Husna ada membuat kesilapan, dah terlalu banyak harapan yang mungkin tak kan ada sebab Cik Husna perlu menunggu lagi....Ya Allah, tabahkan hatiku ini menghadapi dugaan dan ujianMu ini...

K la, dah nak masuk umah...line tenet ni kat luar umah baru nak dapat...tu pon malam ni slow sngat...huhuhu..takpalah, asalkan leh jgak surf n update blog Cik Husna ni...walaupon Cik Husna ni tak pandai nak berkata2, tapi rasa mcm lega sket leh luahkan apa yg Cik Husna rasa walaupun tak sepenuhnya....so, akhir kata, selamat pulang buat semua anak perantau yang akan balik bekerja hari Isnin depan...(cik Husna Isnin lagi satu)...hehehehe...

p/s: lari tajuk plak....mata tak ngantok ag ni...nak wat apa yerk....nyamuk dah mula mengganas ni...tido kat ruang tamu, padan muka...nak tido ngan adik kat bilik malas sbb adik ni pasang kipas angin mcm ribut...hahahaha...dah la bilik kena kebas olehnya...huhuhu...kesian kan...habis bintat2 merah kat badan ni...huhuhuhu...gatai plak tu..haish....semua org rasa dah lena dibuai mimpi...sebab dah kol 12.30...sebelum stop, Cik Husna nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat adik Cik Husna yang ke 16 tahun...Najwan Othman...belajaq rajin2...pemalas ja...nak jadi apa la bile habis SPM nnt pon tak tau...n lastly hope adik lagi sorang menjawab soklan UPSR tahun ni dengan baik...percubaan dah dapat 5A, harap UPSR sebenar nnt pon dapat 5A jgak...masuk asrama penuh...berdikari sendiri mcm Cik Husna dolu2 jgak...insyaAllah, akak doakan yang terbaik buat semua adik-adik cik Husna...aminnnn...

bye...semekom
'peace no war'