25 August 2011

:: Hepy Besday To Me::

25  Ogos 2011. 26 tahun. Akhirnya hari ini sampai.
Saya sudah semakin tua. Alhamdulillah, aku masih lagi diberi peluag untuk menghirup udara di atas muka bumi ini...aku bersyukur padamu Ya Allah....

Usia yang Allah kira.
Thanks wat kawan-kawan semua yang wish untuk birthday saya, saya harap Allah mengira umur-umur saya yang telah berlalu, dan memberikan saya lebih banyak peluang dalam berbakti kepadaNya sekaligus membaiki salah silap saya yang lalu.
 Pada saya, tiada makna sekiranya umur saya Allah tidak kira sebagai umur yang baik, saham kepada akhirat. Maka saya berharap Allah kasihan dengan saya, dan mengira umur-umur saya.
 
Dan saya juga suka mengingatkan diri saya, bahawa selain mengharapkan Allah mengira umur saya, saya juga perlu berusaha membuatkan Allah mengira umur saya. Saya perlu membangunkan kehidupan saya, benar-benar atas keimanan, dan tidak mencampurinya dengan apa-apa yang bernama keingkaran.

Harapan masa hadapan. 
Saya hanya hendak bahagia.
Bahagia yang Allah iktiraf sebagai bahagia.
Harapnya, dengan usia saya yang Allah izinkan bertambah ini, saya lebih keras mengejar bahagia itu. Buat diri saya, juga orang di sekeliling saya.

Memadamkan lebih banyak keaiban.
Saya juga berazam, bertambahnya umur ini, saya hendak memadamkan lebih banyak keaiban diri.
Saya hendak lebih keras pada diri ini. Saya ingin mampu menjadi contoh yang baik.Telah banyak kesilapan yang telah saya lakukan dan tidak mungkin kita boleh berpatah balik.

 Rehat yang belum tiba
Saya juga senang mengingatkan diri saya, bahawa waktu rehat belum tiba.
Bahkan banyak lagi cabaran dan halangan yang belum saya temui, akan datang menyapa saya dalam perjalanan hidup saya nanti.

Hati yang menggerimis
Saya juga memujuk lubuk hati saya yang terdalam, untuk menghentikan gerimis yang sentiasa menyiraminya. Ikutilah sikap wajah, yang sentiasa berusaha mengukir senyuman walaupun duka.
Masa kita hanya belum tiba.
Ataupun takdir tertulis bahawa masa kita hanya di sana.
Maka apa guna gerimis yang tidak menumbuhkan makna?
Hentikan. Nyahkan awan mendung yang menutup mentari di langitmu wahai hati.

Penutup: Apakah belum tiba masanya?

26 tahun telah berlalu, dalam keadaan kita tidak tahu berapakah tahun yang ada pada masa hadapan buat kita. Bahkan, tahun ini pun belum tentu mampu kita habiskan sempurna. Panjang nyawa itu rahsiaNya sahaja.
 
Maka apakah belum tiba masanya wahai diriku, untuk kita menjadi lebih serius?
“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka.” Surah Al-Hadid ayat 16.
 
26 tahun. Kita sudah terlalu tua untuk bermain-main.
Mari kita ada langit untuk digegarkan dengan nama kita, dan bumi untuk kita tawan dengan agamaNya.
Ya Allah, panjangkanlah umurku dalam keimanan.
Angkatlah segala masalahku.
Permudahkan segala urusanku.
Bukalah seluas-luasnya pintu rezekiku.
Berikan kepada aku istiqamah.
Golongkan aku dalam kumpulan hambaMu yang beroleh Jannah.
Amiiiin.

23 August 2011

Selamat Berbuka Puasa

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari yang ke 23 umat Islam di seluruh dunia berpuasa...dan tak lama lagi nak menyambut Hari Lebaran...InsyaAllah, kalau tidak ada apa aral melintang, Cik Husna akan balik ke kampung pada hari Jumaat ni....waaaaa..tak sabaq rasanya nak menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang..

Hari ni macam malas nak masak untuk berbuka, so Cik Husna pon datang la ke McD kat Alamanda ni dengan kawan lama masa kat sekolah menengah dulu...En. Mohd Hafiz ni memang poyo sket, nasib baik la dah janji nak belanja dia makan...sebenaqnya nak belanja dia ari khamis ni, memandangkan Cik Husna ada urusan, so ajak la dia berbuka skali arini...


K la, dah nak masuk waktu nak berbuka dah ni, Cik Husna ucapkan selamat berbuka yer.....(cepat2 baca doa buka posa)..
 
Aminnnnnn.........



17 August 2011

Nuzul Al-Quran


Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan, Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, , tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. . Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.

Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. Al Quran diturun secara berperingkat-peringkat sejak 17 Ramadhan sehinggalah lengkap Al Quran. Satu peristiwa yang sering-kali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadhan).

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.
Firman Allah yang bermaksud:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38).
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Bila dan bagaimana Al-Quran diturunkan?
Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.
Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu:
“…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…” (TTQ 8 : 41)
Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.
Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). ” Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…” (TTQ 8 : 41).

Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.

Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam “Lailatul Qadar” sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di “Baitul Izzah” di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun. Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-’Alaq.

Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.

Cabaran Ramadhan kali ini amat hebat untuk umat Islam. Dalam negara, umat Islam diuji dengan pelbagai isu yang mencabar umat Islam. Di luar negara,  diprovokasi oleh pihak tertentu untuk membenci negara kita. Bersamalah kita semua dalam mempertahankan negara ini dari cabaran dalaman dan luaran. Salam Nuzul Quran buat semua umat Islam. Marilah kita semua bersatu dengan iman kita yang sebenar iaitu Al Quran.


"Selamat Menyambut Hari Nuzul al-Quran"