29 July 2011

:: Sayang Luka ::

Sedih sangat hati ni semalam, ada orang langgar sayang Cik Husna. Nasib baik tak teruk sangat, kalau tak.....eeeeeeeeeeuwwww...geram...bawa la keta lek lok sket..kan dah lukakan sayang Cik Husna..huhuhu..
Nasib baik awak bayar, lau tak Cik Husna dah nak report polis dah semalam...tu pon banyak sangat songeh...dah tau salah, nak berlagak plak ngan Cik Husna...Macam2 hal la pulak, tapi Cik Husna sabar ja...

Full stop!!! malas nak pikiaq dah...huh...wat sakit hati ja nanti....
Sok Cik Husna bawa sayang pegi klinik yer!!!


Love my PJR 8497


:: Pesta Flora Putrajaya 2011 ::

Pesta Floria 2011, apa ya Cik Husna nak cerita....
biarlah gambar yang menceritakan semuanya kan kan...
Gambar bunga tak ada pun, ada banyak gambar dalam hp, lom upload masuk dalam pc ag,
tapi yang penting gambar Cik Husna yang comel ni ada kan...ahaks, perasan lebih la pulak..
Cik Husna sempat pergi pun dah hari yang last, bunga pun dah banyak yang layu.
Tapi sempat borong pokok bunga Orkid wat mak tersayang..hehehe
Apapun enjoy, thanks to my frenz Epol coz tolong ambikkan gambar Cik Husna yang comel ni...hehe



alangkah cantiknya kalau laman rumah Cik Husna nnt mcm ni

cantik taman bunga ros
wanginya bunga ros
cantik kan pintu bunga2 ni.,.sesuai lau wat untuk majlis kawin nnt..haha




rehat jap kat laman yang indah ni
rekaan yang unik


cakk!!


Add caption





26 July 2011

::kata hati::

Salam semua. :)

Mereka kata, jangan pernah terlalu mudah memberikan cinta dan jangan pula terlalu payah memberi cinta. Bagaimana sebenarnya ? Cinta yang benar itu tidak perlu dicari, ia akan datang dengan sendirinya. Tapi masih juga tidak dapat membendung diri untuk sentiasa mencari yang terbaik kan, untuk memiliki hati sendiri ? Terkadang terlalu alpa sehingga tidak nampak bahawasanya dia sudah ada di depan mata. Terkadang terlalu yakin bahawa dialah orangnya. Siapa sebenarnya kita untuk lebih mengetahuinya ? :)

Lama rasanya tak berbicara mengenai hati. Mungkin tiada apa yang dapat diperkatakan mengenainya. Tiada sebarang perkembangan di hati, yang ada hanyalah kenangan lalu. Sedih juga bila mengenangkan saat-saat manis bersama dulu, sekarang hanyalah tinggal kenangan. Moga si dia bahagia selalu, sebab orang cakap diri kita akan bahagia bila melihat orang yang disayangi bahagia. Betul ke? Tapi, bahagiakah aku? InsyaAllah, aku akan menemui kebahagiaan suatu hari nanti. Alhamdulillah aku sangat bahagia sekarang dengan kehidupanku kini. Hidup kita ni tidak boleh berpandukan perasaan yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang kita harus fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik yang berlandaskan kenyataan. Baru aku faham kini apa yang dimaksudkan dengan pepatah tersebut.

Siapa yang tidak pernah melakukan kesilapan dalam kehidupan kan. Semua manusia pernah membuat kesilapan walaupun kadang-kadang dia tahu perbuatan itu tidak patut dilakukan. Tak kiralah kesilapan kecil atau kesilapan yang besar, akan tetap akan membawa kesan ke atas kehidupannya kelak. Now past is past. Semua orang pernah membuat kesilapan. Aku pun tak pernah terlepas, tapi setiap apa yang kita lakukan itu pasti mempunyai alasannya tersendiri. Maybe betol la, jangan kita membuat sesuatu perkara itu mengikut perasaan tapi ikutlah kata hati. So, disebabkan ikut kata hatilah aku dah membuat keputusan itu. Keputusan yang bagi aku adalah yang terbaik untuk diri aku.

Terbit juga rasa kesal dan kecewa, tapi dipujuk hati dan mengabaikannya sebaik boleh.Tidak mahu menuding jari. Sebelum menyalahkan sesiapa, kena lihat dan perbetulkan diri sendiri dahulu. :) Kini aku sedar, kita sendiri hanya mampu mengubahnya. So, the most important thing, just be yourself. Always think positive, sebab apa yang kita fikirkan akan membawa perubahan ke atas diri kita. InsyaAllah, I can do it. Wish me all the best, ok!!!!Wasalam...



05 July 2011



Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..
sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.


Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk


Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.


p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-
mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam
syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt.
Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat
mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.



::siapakah orang yang kita cintai::

© © © © ©

ketika kita berada d’hadapan orang yang kita cintai… hati kita akan senantiasa berdegup dengan kencang… dan, ia semakin laju2 pabila semakin dekat... tapi, pabila kita berada d’depan orang yang kita sukai… hati kita akan mula rasa gembira… dan, perlahan lahan bisa ketawa dan t’senyum…

ketika kita berada d’depan orang yang kita cintai… musim yang kita lalui itu, sentiasa b'bunga bunga… kadang2, ia b’bau wangi… tapi, pabila kita berada d’depan orang yang kita sukai… musim yang kita lalui itu, cuma berangin sahaja… dan, terasa pipi ini d’tiup angin…

pabila kita melihat d’dalam mata orang yang kita cintai… tetiba je, kita akan terasa kaku.. kerna, d’matanya.. t’lihat wajah2 kita yang senantiasa t’senyum… tapi, pabila kita melihat ke dalam mata orang yang kita sukai… kita akan t’senyum dan bisa ketawa… kerna, setiap kita memandang matanya dalam2… ia kelihatan malu2…

ketika kita berada d’depan orang yang kita cintai… lidah kita itu, tetiba je terasa kelu untuk b'kata kata… setiap perkataan d’susun dengan teratur… agar klihatan sopan santun… tapi, pabila kita berada d’depan orang yang kita sukai… lidah itu, mula bebas berkata kata tentang apa2 sahaja… kadang2 ketawa, dan kadang2 juga bisa mengeluarkan air mata…

pabila kita berada d’depan orang yang kita cintai… terasa diri ini, mula menjadi malu2… umpama pokok semalu… tapi, pabila kita berada d’depan orang yang kita sukai… kita bisa tunjukkan imej kita yang sebenar… siapa kita… dan d’mana kita berada…

kita tidak bisa merenung mata orang yang kita cintai… tapi, kita selalu merenung mata orang yang kita sukai…

pabila orang yang kita cintai itu, menangis… kita akan turut menangis... dan cuba untuk menangis.. kadang2, air mata kita yang mengalir itu lebih laju dari orang yang kita cintai… tapi, pabila orang yang kita sukai itu, menangis… kita akan cuba buat dia gembira.. dan bisa ketawa…

perasaan cinta ini, bermula dari mata… dan perasaan suka pula, bermula dari telinga..

jika kita berhenti dari menyukai seseorang yang kita sukai… ianya umpama, kita membuang telinga kita jauh2… tapi, jika kita cuba untuk menutup mata rapat2… cinta itu akan mula berubah menjadi airmata… dan ia akan mulai mengalir dengan laju2…

pejamkanlah mata ketat2 dan rapat2…. dan cubalah bayangkan… siapakah orang yang kita cintai....

© © © © ©