18 December 2011

:: Biarkan Semalam Berlalu ::

Lihatlah disekeliling kita, segalanya tumbuh, membesar dan bergerak kedepan. Angin yang menghembus, sungai yang mengalir tidak pernah melawan arah melainkan sentiasa kedepan. Pohon-pohon juga terus membesar dan meninggi kecuali sebahgian darinya yang menemui kematian. Ya, disebalik pergerakan, pertumbuhan dan penambahan itu adalah kematian sedangkan kehidupan itu sentiasa bergerak, tumbuh, membesar dan meninggi.  Begitu juga dengan umur kita, semakin hari semakin bertambah bukan semakin berkurangan walaupun kita kumpulkan segala penyesalan dan tangisan.

Biarkan semalam berlalu dengan segala kenangannya, samada pahit ataupun manis. Biarkan matahari semalam terbenam dengan penuh kerelaan dan biarkan malam menyelimutinya dengan kegelapan supaya kita benar-benar menikmati keindahan pagi.

Katakan kepada kenangan pahit “Engkau kini telah menjadi sebahagian dari masa silamku dan aku tidak lagi akan menangisimu dan membiarkan diriku terbelit dengan segala keresahan yang ada bersamamu, aku ingin menikmati keindahan pagi bersama fajar dan harapan baru.”

Katakan pula kepada kenangan manis, “Engkau bukan lagi milikku, saat-saat kegembiraan kita telah berlalu dan aku sedang berdepan dengan saat yang lebih berharga dari dirimu iaitu saat-saat yang masih aku miliki untuk kucorakkan dengan harapan dan impian”.

Biarkan semalam berlalu kerana kita ingin menikmati hari ini yang sedang kita hadapi. Kita ingin menikmati keindahan pagi bersama seribu impian. Kita ingin menyemai benih harapan agar jiwa kita akan sentiasa segar dan mampu tersenyum melihat kehidupan.  Kita ingin menanam pohon-pohon kebaikan sebanyak mungkin agar kita akan menuai buah-buah kebahagiaan apabila tiba waktunya nanti. Biarkan semalam terus berlalu kerana kita sedang menikmati saat-saat yang lebih bermakna untuk kita warnai dan kita corakkan. Iaitu HARI INI, hari yang terbentang dan mataharinya bersinar dicelah gunung-gunung harapan.

Tidak mengapa untuk menyimpan kenangan tetapi sekadar hiasan yang menempati bahagian kecil dari kehidupan kita yang terbentang luas. Letakkan kenangan manis kita di satu penjuru dan katakan padanya, “tempatmu hanya disitu kerana aku ingin terus menerokai hari baru, sesekali kita boleh bercerita tetapi hanya untuk seketika”. Letakkan kenangan pahit disatu penjuru yang lain dan katakannya ‘terima kasih diatas semua pengajran yang engkau ajarkan dan kini aku akan lakukan sesuatu yang benar dan lebih baik, aku ingin terus menatap matahari kehidupanku sambil menyedut harapan baru dan engkau sedikitpun tidak berhak untuk mengurung jiwaku. Biarkan aku bebas memilih kehidupanku.”

Katakan pula pada hari esok “engkau boleh terus menunggu kerana aku ingin menikmati hari ini sepuasku. Pertemuan kita masih belum pasti, jadi aku ingin lakukan segalanya pada hari ini. Aku ingin melakukan amal yang terbaik dengan seikhlas hatiku seolah-olah kita tidak akan pernah bertemu”

17 November 2011

:: Indah ::

Cinta itu indah sekiranya Allah menjadi matlamat"

"Allah tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita"

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

"Kurniakanlah aku seseorang yang aku perlu, bukan seseorang yang aku mahu"

"Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu"

"Jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu"

"Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu"

"Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMu"

"Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu"

"Jagalah kenikmatan mencintai kekasihMu agar tidak melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu"

"Jagalah rinduku padanya, agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu"

"Aku mendambakan cinta suci yang terjaga"

"Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya"

"Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa"

Sesungguhnya aku mendambakan kasihMu...

28 October 2011

:: Aku Ingin Jadi Bidadari ::



“Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki.”
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.

Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.
Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.



info dari: www.diarihati.com

20 October 2011

:: Bila Cik Husna Tak Sihat ::

Assalamualaikum...hari ni takda mood langsung nak wat kerja...tapi disebabkan tanggungjawab Cik Husna sebagai seorang pekerja, tapi wat jgak kerja yang semakin hari kalau ditinggalkan akan menimbun seperti bukit..huhuhu...

dah berapa malam Cik Husna tak bleh tidur, habis sengal satu badan, kepala pening, gusi bengkak, seram sejuk ja satu badan Cik Husna ni...adoyaiiii....aktiviti menjahit pun dah dikurangkan sebab rasa macam penat sngat...kerja dari pagi sampai la malam...rehat pun masa tidur ja...mau la tak jadi macam ni....orang suruh makan ubat tak mau...ketegaq!!!! kan dah susah...

alhamdulillah.... masih berdaya lagi nak buat kerja, kalau tak dah lama g klinik ambik MC...dalam sejarah tahun ni Cik Husna tak pernah lagi melangkah kaki pergi ke klinik atau hospital. sakit sket2 tu buat tak tau ja...pastu baik la sendiri nnt...Cik Husna ni plak ada alahan sinus, selsema time sejuk tu mmg dah biasa sngat...ni pun kaki rasa sejuk sngat....badan plak panas...mcm mn tu...????

haish....malam ni Cik Husna nak rehat puas2...tak nak pegang jarum n benang mlm ni...boleh ke ek????huhuhuhu...lagi 2 minggu dah nak raya haji...baju customer tak siap lagi, n yang penting skali baju my mom...kena siapkan tu...insyaAllah, sempat kot....ok la, Cik Husna nak sambung lagi sket kerja sebelum balik...

p/s: balik nanti jangan lupa makan ubat yer Cik Husna (pesan kat diri sendiri)..orang yang paling pemalas makan ubat...=]

13 October 2011

:: Mengantuk ::


Mengantuk aku wei!!! Malam tadi mcm biasa aktiviti memanik sampai kol 1.30 pagi...hahaha, baru padan muka sendiri kan..Minggu lepas banyak aktiviti yang dibuat sampai dah seminggu baju yang satu ni tak siap2...semalam kena la pulun coz hari ni dah nak bg kat tuannya....tambah plak ngan sakit belakang...adoyaiii~~~rasa mcm nak berbaring kat bawah meja ni ja....hahaha~~

Nak tido kejap ke tak nak??? takot nanti kantoi ngan bos...dah la hari ni bos dah masuk ofis, 3 hari pegi kursus kat Langkawi...keja ada ag tak settle ni...muahahahaha~~~~apa yer nak buat untuk hilangkan rasa ngantok..!!!!

Jeng jeng jeng.........
 
 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 tak tau nak watpa la...sbb kat ofis, takkan nak main game plak..hahaha...
cuba  tengok gambar ni....kan best kalau dapat tido mcm baby ni...

12 October 2011

:: Kehidupan ::

♥ ~Kehidupan manusia itu seperti sebuah buku, sampul depan adalah tanggal lahir, sampul belakang tanggal kematian, tiap lembarnya adalah hari2 dalam hidup kita, ada buku yang tebal dan juga ada buku yang tipis. Hebatnya,seburuk apapun halaman sebelumnya,selalu tersedia halaman selanjutnya yang bersih, baru & tiada cacat. Seburuk apapun hari kelmarin,Allah selalu menyediakan hari yang baru untuk kita memperbaiki kesalahan yg kelmarin, melanjutkan alur cerita yang sudah ditetapkanNya. Semoga Allah meredhai langkah kita... ~ ♥

10 October 2011

:: Hati ::


Assalamualaikum..hari ni Cik Husna nak berjiwang2 sket..huhuhu…tak tahu kenapa sejak akhir2 ni hati ni rasa macam gelisah sangat…suka sangat nak terasa bila terbaca kisah2 sedih…ye la kan, sapa yang mengetahui isi hati seseorang tu…takkan ada sesiapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang itu…
Kadang2 bila kita melihat seseorang tu tersenyum, apakah benar-benar dia bahagia dengan hidupnya..bila seseorang itu menangis adakah bererti dia sedang bersedih…hati, takkan ada sesiapapun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati kita sendiri, dan kadangkala kita sendiri pun tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati.
 Apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati.  Bukan bererti perlu hipokrit tetapi kadang – kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu. Apabila kita bahagia tidak perlu kita memperlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain. Ketika kita bersedih tidak perlu juga mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita hingga membuat kita bersedih.
Begitu juga ketika hati kita merasa jengkel, jangan sampai orang lain kena getahnya. Cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan Allahlah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu, tempat kita berserah diri. “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.”
Waktu ini, disuatu tempat ada hati yang begitu bahagia, seolah – olah  ia ingin tersenyum setiap saat. Ya, di sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan memiliki apa yang sangat dia harapkan selama ini, dia sedang menunggu hari besar dalam hidupnya. Saya dapat membayangkan bagaimana hati yang dipenuhi dengan kebahagiaan, kesenangan dan suka cita.
Tetapi sebaliknya, disini ada hati yang terluka kerananya, sedih kerana kebahagiaan yang dirasakan olehnya. Tahukah dia bahawa ada hati yang sakit disaat dia sedang merasakan kebahagiaan yang sempurna? Tahukah dia bahawa ada seseorang ingin menangis ketika dia tersenyum dan ketawa?
Dalamnya hati siapa yang tahu? senyum kita masih ada, tawa kita kadang masih terlihat dan gurauan itu juga masih kita berikan kepada setiap orang di dekat kita, tidak ada yang tahu bahawa disebalik apa yang mereka lihat dari mimik wajah & tingkah laku kita sebenarnya kita sedang terluka.
Kita ingin menangis saat itu, tetapi tidak ada yang tahu tentang itu. Hanya Allah dan kita sahaja  yang mengetahui dalam hati, hanya Allah tempat kita mengembalikan semua rasa di dalam hati, hanya Allah pengubat sakit & lara hati ini. Hanya  dengan mengingat Allahlah kita berusaha menenangkan hati ini ketika kebahagiaan seseorang  merenggut kebahagian kita, ketika tidak ada seorangpun yang memahami perasaan dalam hati kita.
Aku sedar yang aku hanyalah insan biasa yang penuh kekurangan, tapi aku juga masih ada hati dan perasaan. Andai kata inilah pengakhirannya, aku redha atas segalanya. Mana mungkin pipit terbang bersama helang, dan mana mungkin batu akan sama dengan permata…InsyaAllah, aku pasti apa yang berlaku selama ini hanyalah ujian Allah ke atas hamba yang disayangiNya…pasti ada hikmah di sebalik apa yang menimpa diri aku selama ini…..aku mesti melupakan apa yang dah terjadi dan memulakan hidupku yang baru…aku percaya di luar sana lebih ramai insan yang terpaksa menempuhi banyak dugaan dan rintangan dalam meneruskan kehidupan ini…

06 October 2011

:: Sakit ::

assalamualaikum..kadang kadang rasa sedih bila hati disakiti, dibenci, tapi hidup ini singkat sangat, malas nak fikirkan kenapa orang tu benci, kenapa dia ni suka sakitkan hati, tak perlu susahkan fikiran memikirkan sebab musababnya sebab manusia ni sentiasa penuh dengan segala ketidakpuasan hati


cuma satu perkara yang Cik Husna pelajari, seorang membenci seribu yang datang penuh dengan kasih sayang, makanya manusia ini tidak akan kurang dengan kasih sayang, jika kita juga tidak kedekut dengan rasa kasih sayang <3<3<3

27 September 2011

:: Pindah Rumah Lagi ::

Assalamualaikum...

Sibuknya Cik Husna sampai tak sempat nak berblogging...nak update gambar manik pon tak sempat..Lepas raya ni, banyak sngat kerja smpai tiap2 ari boleh dikatakan balik kerja lewat..tambahan pulak partner dah start cuti bersalin 3 bulan, hope dia tak tambah cuti sampai hujung tahun, kalau tak terkapai2 la Cik Husna nnt...huhuhuhu...(@_@)

alhamdulillah,lepas raya ni rezeki Cik Husna murah..start kerja, ada ja tempahan baju untuk dimanikkan...tq untuk semua yg sokong hasil kerja tangan Cik Husna..love u all....mmmmuahhhh...

sebenarnya Cik Husna nak cita yang hujung minggu ni Cik Husna nak pindah umah lagi...ada banyak sebab kenapa Cik Husna perlu berpindah...tahun ni dah masuk kali kedua lepas 5 bulan kat rumah lama...InsyaAllah, Cik Husna percaya ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku...

Semalam dah start mengemas kain baju masuk dalam beg....haish, bila masa plak baju2 ni bertambah..hahahaha..tu la, tak lain dan tak bukan, diri sendiri yg salah...lepas ni baju2 yg tak nak pakai bawa balik kg yer Cik Husna....Penat la nak pindah ni, tambah2 plak banyak barang yg dah beli..rak dapur, periuk belanga, dapur, tv, meja...pastu penat nak mengusung barang2 ni...nak mengangkut masuk keluar kereta...Penat nak menyusun balik bila sampai kat bilik baru. Sebaik la barang aku tak la banyak. Tapi rasanya dua kali jalan jgak...Almaklumlah my love PJR 8497 tu comel sngat...so dek sebab sayangkannya, kena la berpada2.. Kali ni aku kene buat keputusan yang betul dan kali ni jugak kali terakhir aku pindah bilik.(harap la) Pasni kalau nak pindah pun, pindah masuk rumah suami je terus. Habis cerita..hehe...

Mungkin semua yang berlaku ni atas kesilapan aku dalam membuat sesuatu keputusan. Aku akui yang aku ni jenis buat keputusan tanpa fikir panjang dan suka ikut hati. Bak kata orang, ikut hati...MATI!.. Memang setimpal lah...Sebelum aku buat keputusan untuk berpindah bilik lagi, aku perlu membuat beberapa perkiraan yang sewajar untuk aku pertimbangkan. dan berharap keputusan kali ini membawa perubahan yang besar dalam hidup aku...insyaAllah...

 

02 September 2011

:: Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H ::

Salam....masih belum terlambat Cik Husna nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H walaupun hari ni dah hari raya yang ke-3....alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk menyambut hari lebaran pada tahun ini..semalam pun kita menyambut Hari Merdeka yang ke 54...ntahlah Hari Raya tahun ini agak menghambarkan bagi Cik Husna walaupun agak meriah dengan kehadiran family dan saudara mara tersayang....

Ntah dimana kesilapannya pun Cik Husna pun tak tahu, mungkin Cik Husna terlalu memikirkan banyak masalah, so mendatangkan banyak tekanan bagi Cik Husna...ntahlah sampai bila akan berakhir semua ini...Cik Husna harap sangat semua ni akan berakhir dan kembali seperti sedia kala....berubahlah sebelum terlambat..

Banyak sebenarnya Cik Husna nak tulis, tapi terpaksa dipendamkan dengan harapan semua ini akan berakhir....k la, tak nak sedih2 lagi dah....biarlah apa nak jadi sekalipun, dengan harapan semua ini hanya satu mimpi bg Cik Husna...hari ni sepupu Cik Husna dah pun bergelar seorang suami...almaklumlah seru dia dah sampai...Cik Husna bila lagi ek??? hahaha...soalan yang tiada jawapannya...

InsyaAllah, kalau ada jodoh kawin la Cik Husna nanti..yang penting bagi Cik Husna sekarang adalah mengharapkan yang terbaik berlaku dalam kehidupan Cik Husna sekarang ni...Ahad depan Cik Husna nak g Kelantan pulak ngan mak n abah, kawan Cik Husna plak yg nak berkahwin...tahniah diucapkan kepada Mohd Norisham a.k.a Isei....kawin jgak kawan cek ni walaupun Cik Husna tahu sejarah percintaannya dulu yang terputus di tengah jalan...tu la, orang yang bercinta 2,3 tahun pon boleh putus, ntahlah mungkin dah takda jodoh kan...


Hurmm....cuti cik Husna 2 minggu ni, ni dah hari yang ke 6 Cik Husna kat kampung...sekejap ja rasa...lom puas ag nak beraya...hahahaa...kepada Coklat Angin...Cik Husna harap semoga berbahagia selalu, mungkin sampai setakat ini saja pengharapan Cik Husna...terlalu perit rasa dalam 2 tahun ni...penantian yg mungkin tiada penyudahnya kan...hope, lepas ni carilah insan yang terbaik buatmu..mungkin Cik Husna bukan yg terbaik...maaf andai selama ni Cik Husna ada membuat kesilapan, dah terlalu banyak harapan yang mungkin tak kan ada sebab Cik Husna perlu menunggu lagi....Ya Allah, tabahkan hatiku ini menghadapi dugaan dan ujianMu ini...

K la, dah nak masuk umah...line tenet ni kat luar umah baru nak dapat...tu pon malam ni slow sngat...huhuhu..takpalah, asalkan leh jgak surf n update blog Cik Husna ni...walaupon Cik Husna ni tak pandai nak berkata2, tapi rasa mcm lega sket leh luahkan apa yg Cik Husna rasa walaupun tak sepenuhnya....so, akhir kata, selamat pulang buat semua anak perantau yang akan balik bekerja hari Isnin depan...(cik Husna Isnin lagi satu)...hehehehe...

p/s: lari tajuk plak....mata tak ngantok ag ni...nak wat apa yerk....nyamuk dah mula mengganas ni...tido kat ruang tamu, padan muka...nak tido ngan adik kat bilik malas sbb adik ni pasang kipas angin mcm ribut...hahahaha...dah la bilik kena kebas olehnya...huhuhu...kesian kan...habis bintat2 merah kat badan ni...huhuhuhu...gatai plak tu..haish....semua org rasa dah lena dibuai mimpi...sebab dah kol 12.30...sebelum stop, Cik Husna nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat adik Cik Husna yang ke 16 tahun...Najwan Othman...belajaq rajin2...pemalas ja...nak jadi apa la bile habis SPM nnt pon tak tau...n lastly hope adik lagi sorang menjawab soklan UPSR tahun ni dengan baik...percubaan dah dapat 5A, harap UPSR sebenar nnt pon dapat 5A jgak...masuk asrama penuh...berdikari sendiri mcm Cik Husna dolu2 jgak...insyaAllah, akak doakan yang terbaik buat semua adik-adik cik Husna...aminnnn...

bye...semekom
'peace no war'



25 August 2011

:: Hepy Besday To Me::

25  Ogos 2011. 26 tahun. Akhirnya hari ini sampai.
Saya sudah semakin tua. Alhamdulillah, aku masih lagi diberi peluag untuk menghirup udara di atas muka bumi ini...aku bersyukur padamu Ya Allah....

Usia yang Allah kira.
Thanks wat kawan-kawan semua yang wish untuk birthday saya, saya harap Allah mengira umur-umur saya yang telah berlalu, dan memberikan saya lebih banyak peluang dalam berbakti kepadaNya sekaligus membaiki salah silap saya yang lalu.
 Pada saya, tiada makna sekiranya umur saya Allah tidak kira sebagai umur yang baik, saham kepada akhirat. Maka saya berharap Allah kasihan dengan saya, dan mengira umur-umur saya.
 
Dan saya juga suka mengingatkan diri saya, bahawa selain mengharapkan Allah mengira umur saya, saya juga perlu berusaha membuatkan Allah mengira umur saya. Saya perlu membangunkan kehidupan saya, benar-benar atas keimanan, dan tidak mencampurinya dengan apa-apa yang bernama keingkaran.

Harapan masa hadapan. 
Saya hanya hendak bahagia.
Bahagia yang Allah iktiraf sebagai bahagia.
Harapnya, dengan usia saya yang Allah izinkan bertambah ini, saya lebih keras mengejar bahagia itu. Buat diri saya, juga orang di sekeliling saya.

Memadamkan lebih banyak keaiban.
Saya juga berazam, bertambahnya umur ini, saya hendak memadamkan lebih banyak keaiban diri.
Saya hendak lebih keras pada diri ini. Saya ingin mampu menjadi contoh yang baik.Telah banyak kesilapan yang telah saya lakukan dan tidak mungkin kita boleh berpatah balik.

 Rehat yang belum tiba
Saya juga senang mengingatkan diri saya, bahawa waktu rehat belum tiba.
Bahkan banyak lagi cabaran dan halangan yang belum saya temui, akan datang menyapa saya dalam perjalanan hidup saya nanti.

Hati yang menggerimis
Saya juga memujuk lubuk hati saya yang terdalam, untuk menghentikan gerimis yang sentiasa menyiraminya. Ikutilah sikap wajah, yang sentiasa berusaha mengukir senyuman walaupun duka.
Masa kita hanya belum tiba.
Ataupun takdir tertulis bahawa masa kita hanya di sana.
Maka apa guna gerimis yang tidak menumbuhkan makna?
Hentikan. Nyahkan awan mendung yang menutup mentari di langitmu wahai hati.

Penutup: Apakah belum tiba masanya?

26 tahun telah berlalu, dalam keadaan kita tidak tahu berapakah tahun yang ada pada masa hadapan buat kita. Bahkan, tahun ini pun belum tentu mampu kita habiskan sempurna. Panjang nyawa itu rahsiaNya sahaja.
 
Maka apakah belum tiba masanya wahai diriku, untuk kita menjadi lebih serius?
“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka.” Surah Al-Hadid ayat 16.
 
26 tahun. Kita sudah terlalu tua untuk bermain-main.
Mari kita ada langit untuk digegarkan dengan nama kita, dan bumi untuk kita tawan dengan agamaNya.
Ya Allah, panjangkanlah umurku dalam keimanan.
Angkatlah segala masalahku.
Permudahkan segala urusanku.
Bukalah seluas-luasnya pintu rezekiku.
Berikan kepada aku istiqamah.
Golongkan aku dalam kumpulan hambaMu yang beroleh Jannah.
Amiiiin.

23 August 2011

Selamat Berbuka Puasa

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari yang ke 23 umat Islam di seluruh dunia berpuasa...dan tak lama lagi nak menyambut Hari Lebaran...InsyaAllah, kalau tidak ada apa aral melintang, Cik Husna akan balik ke kampung pada hari Jumaat ni....waaaaa..tak sabaq rasanya nak menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang..

Hari ni macam malas nak masak untuk berbuka, so Cik Husna pon datang la ke McD kat Alamanda ni dengan kawan lama masa kat sekolah menengah dulu...En. Mohd Hafiz ni memang poyo sket, nasib baik la dah janji nak belanja dia makan...sebenaqnya nak belanja dia ari khamis ni, memandangkan Cik Husna ada urusan, so ajak la dia berbuka skali arini...


K la, dah nak masuk waktu nak berbuka dah ni, Cik Husna ucapkan selamat berbuka yer.....(cepat2 baca doa buka posa)..
 
Aminnnnnn.........



17 August 2011

Nuzul Al-Quran


Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 Ramadhan, Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, , tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. . Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.

Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. Al Quran diturun secara berperingkat-peringkat sejak 17 Ramadhan sehinggalah lengkap Al Quran. Satu peristiwa yang sering-kali digabungkan dengan peristiwa Perang Badar Al-Kubra (terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah, ketika umat Islam pertama kali melaksanakan shaum Ramadhan).

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.
Firman Allah yang bermaksud:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38).
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Bila dan bagaimana Al-Quran diturunkan?
Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.
Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu:
“…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…” (TTQ 8 : 41)
Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.
Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). ” Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…” (TTQ 8 : 41).

Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.

Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam “Lailatul Qadar” sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di “Baitul Izzah” di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun. Adapun ayat-ayat yang pertama diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw adalah ayat 1-5 surah Al-’Alaq.

Dan peristiwa ini terjadi ketika nabi saw sedang bertahannus (menyendiri) di Gua Hira. Sedangkan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan adalah ayat-ayat riba iaitu ayat 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.

Cabaran Ramadhan kali ini amat hebat untuk umat Islam. Dalam negara, umat Islam diuji dengan pelbagai isu yang mencabar umat Islam. Di luar negara,  diprovokasi oleh pihak tertentu untuk membenci negara kita. Bersamalah kita semua dalam mempertahankan negara ini dari cabaran dalaman dan luaran. Salam Nuzul Quran buat semua umat Islam. Marilah kita semua bersatu dengan iman kita yang sebenar iaitu Al Quran.


"Selamat Menyambut Hari Nuzul al-Quran"





29 July 2011

:: Sayang Luka ::

Sedih sangat hati ni semalam, ada orang langgar sayang Cik Husna. Nasib baik tak teruk sangat, kalau tak.....eeeeeeeeeeuwwww...geram...bawa la keta lek lok sket..kan dah lukakan sayang Cik Husna..huhuhu..
Nasib baik awak bayar, lau tak Cik Husna dah nak report polis dah semalam...tu pon banyak sangat songeh...dah tau salah, nak berlagak plak ngan Cik Husna...Macam2 hal la pulak, tapi Cik Husna sabar ja...

Full stop!!! malas nak pikiaq dah...huh...wat sakit hati ja nanti....
Sok Cik Husna bawa sayang pegi klinik yer!!!


Love my PJR 8497


:: Pesta Flora Putrajaya 2011 ::

Pesta Floria 2011, apa ya Cik Husna nak cerita....
biarlah gambar yang menceritakan semuanya kan kan...
Gambar bunga tak ada pun, ada banyak gambar dalam hp, lom upload masuk dalam pc ag,
tapi yang penting gambar Cik Husna yang comel ni ada kan...ahaks, perasan lebih la pulak..
Cik Husna sempat pergi pun dah hari yang last, bunga pun dah banyak yang layu.
Tapi sempat borong pokok bunga Orkid wat mak tersayang..hehehe
Apapun enjoy, thanks to my frenz Epol coz tolong ambikkan gambar Cik Husna yang comel ni...hehe



alangkah cantiknya kalau laman rumah Cik Husna nnt mcm ni

cantik taman bunga ros
wanginya bunga ros
cantik kan pintu bunga2 ni.,.sesuai lau wat untuk majlis kawin nnt..haha




rehat jap kat laman yang indah ni
rekaan yang unik


cakk!!


Add caption





26 July 2011

::kata hati::

Salam semua. :)

Mereka kata, jangan pernah terlalu mudah memberikan cinta dan jangan pula terlalu payah memberi cinta. Bagaimana sebenarnya ? Cinta yang benar itu tidak perlu dicari, ia akan datang dengan sendirinya. Tapi masih juga tidak dapat membendung diri untuk sentiasa mencari yang terbaik kan, untuk memiliki hati sendiri ? Terkadang terlalu alpa sehingga tidak nampak bahawasanya dia sudah ada di depan mata. Terkadang terlalu yakin bahawa dialah orangnya. Siapa sebenarnya kita untuk lebih mengetahuinya ? :)

Lama rasanya tak berbicara mengenai hati. Mungkin tiada apa yang dapat diperkatakan mengenainya. Tiada sebarang perkembangan di hati, yang ada hanyalah kenangan lalu. Sedih juga bila mengenangkan saat-saat manis bersama dulu, sekarang hanyalah tinggal kenangan. Moga si dia bahagia selalu, sebab orang cakap diri kita akan bahagia bila melihat orang yang disayangi bahagia. Betul ke? Tapi, bahagiakah aku? InsyaAllah, aku akan menemui kebahagiaan suatu hari nanti. Alhamdulillah aku sangat bahagia sekarang dengan kehidupanku kini. Hidup kita ni tidak boleh berpandukan perasaan yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama yang kita harus fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik yang berlandaskan kenyataan. Baru aku faham kini apa yang dimaksudkan dengan pepatah tersebut.

Siapa yang tidak pernah melakukan kesilapan dalam kehidupan kan. Semua manusia pernah membuat kesilapan walaupun kadang-kadang dia tahu perbuatan itu tidak patut dilakukan. Tak kiralah kesilapan kecil atau kesilapan yang besar, akan tetap akan membawa kesan ke atas kehidupannya kelak. Now past is past. Semua orang pernah membuat kesilapan. Aku pun tak pernah terlepas, tapi setiap apa yang kita lakukan itu pasti mempunyai alasannya tersendiri. Maybe betol la, jangan kita membuat sesuatu perkara itu mengikut perasaan tapi ikutlah kata hati. So, disebabkan ikut kata hatilah aku dah membuat keputusan itu. Keputusan yang bagi aku adalah yang terbaik untuk diri aku.

Terbit juga rasa kesal dan kecewa, tapi dipujuk hati dan mengabaikannya sebaik boleh.Tidak mahu menuding jari. Sebelum menyalahkan sesiapa, kena lihat dan perbetulkan diri sendiri dahulu. :) Kini aku sedar, kita sendiri hanya mampu mengubahnya. So, the most important thing, just be yourself. Always think positive, sebab apa yang kita fikirkan akan membawa perubahan ke atas diri kita. InsyaAllah, I can do it. Wish me all the best, ok!!!!Wasalam...



05 July 2011



Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..
sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.


Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk


Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.


p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-
mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam
syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt.
Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat
mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.



::siapakah orang yang kita cintai::

© © © © ©

ketika kita berada d’hadapan orang yang kita cintai… hati kita akan senantiasa berdegup dengan kencang… dan, ia semakin laju2 pabila semakin dekat... tapi, pabila kita berada d’depan orang yang kita sukai… hati kita akan mula rasa gembira… dan, perlahan lahan bisa ketawa dan t’senyum…

ketika kita berada d’depan orang yang kita cintai… musim yang kita lalui itu, sentiasa b'bunga bunga… kadang2, ia b’bau wangi… tapi, pabila kita berada d’depan orang yang kita sukai… musim yang kita lalui itu, cuma berangin sahaja… dan, terasa pipi ini d’tiup angin…

pabila kita melihat d’dalam mata orang yang kita cintai… tetiba je, kita akan terasa kaku.. kerna, d’matanya.. t’lihat wajah2 kita yang senantiasa t’senyum… tapi, pabila kita melihat ke dalam mata orang yang kita sukai… kita akan t’senyum dan bisa ketawa… kerna, setiap kita memandang matanya dalam2… ia kelihatan malu2…

ketika kita berada d’depan orang yang kita cintai… lidah kita itu, tetiba je terasa kelu untuk b'kata kata… setiap perkataan d’susun dengan teratur… agar klihatan sopan santun… tapi, pabila kita berada d’depan orang yang kita sukai… lidah itu, mula bebas berkata kata tentang apa2 sahaja… kadang2 ketawa, dan kadang2 juga bisa mengeluarkan air mata…

pabila kita berada d’depan orang yang kita cintai… terasa diri ini, mula menjadi malu2… umpama pokok semalu… tapi, pabila kita berada d’depan orang yang kita sukai… kita bisa tunjukkan imej kita yang sebenar… siapa kita… dan d’mana kita berada…

kita tidak bisa merenung mata orang yang kita cintai… tapi, kita selalu merenung mata orang yang kita sukai…

pabila orang yang kita cintai itu, menangis… kita akan turut menangis... dan cuba untuk menangis.. kadang2, air mata kita yang mengalir itu lebih laju dari orang yang kita cintai… tapi, pabila orang yang kita sukai itu, menangis… kita akan cuba buat dia gembira.. dan bisa ketawa…

perasaan cinta ini, bermula dari mata… dan perasaan suka pula, bermula dari telinga..

jika kita berhenti dari menyukai seseorang yang kita sukai… ianya umpama, kita membuang telinga kita jauh2… tapi, jika kita cuba untuk menutup mata rapat2… cinta itu akan mula berubah menjadi airmata… dan ia akan mulai mengalir dengan laju2…

pejamkanlah mata ketat2 dan rapat2…. dan cubalah bayangkan… siapakah orang yang kita cintai....

© © © © ©

27 June 2011

::Rindu Datang Lagi::

Assalamualaikum semua....

Yes i'm back!!Sudah lama x berblogging.huhuhuhu..rindu saya tak?
Owh pg isnin,hujan lebat pulak tu, masuk ofis ja macam masuk peti sejuk dah....
semua pakat berbungkus arini ngan baju sejuk atau pashmina...hehehehe... ^_^
Keletihan pon masih belum hilang lagi dengan jadual aktiviti yang sungguh padat akhir2 ni...

Lama Cik Husna tak meng'update'kan citer kat sini....bukan Cik Husna menyepikan diri...
banyak sebenarnya nak story mory ni...tp tak sempat nak bukak blog pown....

lepas ni baru nak start aktif berblogging dan
terutamanya sekali menyambung kembali menjahit baju2 customer...
siapkan dulu mana yang patut sbb lagi 1 bulan ja lagi kita nak menyambut awal Ramadhan...


Start 8-15 Jun 2011 ari tu Cik Husna n kengkawan g Kursus Induksi Umum di Ancasa Allsuites Resort & Spa kat Port Dickson, N9....
walaupun penat, tp best sangat2...
banyak ilmu yang Cik Husna perolehi dan terutamanya dapat berkenalan dengan kawan2 baru...
semua enjoy n happy kan!!!!
Pengalaman tak bleh lupa, Cik Husna dilantik jadi penghuluwati untuk kursus ini...
hahahaha...
pukul 5.30 pagi lagi dah wat morning call, kejutkan kawan2...
tp rasanya 3 malam yang terawal ja la...lepas tu dah tak da aktiviti riadah pagi...
so sian nak kejut kawan2 bangun awal sngat...huhuhu
anyway, thanks to all my frenz coz support me as "Penghuluwati" for
Kursus Induksi Umum Bil. 3/2011 MOSTI..
Balik je dari kursus, sempat masuk kerja 4 hari ja....
tiap2 ari balik kerja malam sbb banyak sangat kerja yang mesti diselesaikan segera
balik kerja pown dah penat, sempat menjahit hujung minggu ja...
itupun tak sempat jgak siapkan semua...huhu

Pastu,malam selasa minggu lepas Cik Husna berangkat pulak balik Kedah...
sebab Cik Husna mendapat pelepasan cuti tanpa rekod untuk join aktiviti tahunan
Ikatan Relawan Rakyat Malaysia...
Ujian Kemahiran Menembak RELA peringkat Daerah Yan..(22 Jun 2011)
woaaaaaa....berbaloi Cik Husna balik kali ni sbb menjadi Johan untuk acara senapang patah (Relawati)
& naib johan Colt M16 (Relawati) dan membawa pulang hamper ketiga untuk
Johan Keseluhuran Relawati...
dan tak lupa, bertemu kembali dgn semua orang...enjoy n happening sngat time ni...
thanks to all coz support me.....yey!!!

belum sempat enjoy kat kampung, Cik Husna terpaksa balik Putrajaya keesokan harinya...huhuhu
nasib baik sempat makan durian n manggis...
coz start 24-26 Jun 2011 ada pulak Bengkel Pengemaskinian Tatacara & Prosedur Perolehan
kat Malacca Straits Hotel di Melaka....
Cik Husna salah seorang urusetianya...sebab anjuran dari Seksyen Perolehan,
Bahagian Kewangan MOSTI...

Alhamdulillah, syukur seadanya...
Apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya
maybe this is the best for me yang ditakdirkan olehNya
Ku panjatkan syukur keatas pencipta alam yg maha mengetahui lagi maha menyayangi....
Terima kasih ya Allah...Aku sangat2 bersyukur dgn apa yg berlaku...

Moga hari-hari yang mendatang lebih ceria dan indah buat Cik Husna dan kawan2...aminnnn
© © © © ©




20 May 2011

:: HARI INOVASI & APC ::

©.........Salam semua.....©
walllaweeii....wahhhh...kepenatan yang teramat sngat....kesian kan!!!
tak sempat nak menjenguk blog pon...
padahal dah lama Cik Husna nak citer pasal Hari Inovasi & APC ni...
pengalaman yang terindah n happy sesangat time ni..
segala kepenatan, masalah, bebanan fikiran semuanya hilang time ni..
yer la...kawan2 di sekeliling, bercerita, bersuka ria n ketawa setiap masa
tambah2 plak dapat plak kengkawan baru yg happy go lucky...

Hari ni merupakan hari pertama pasukan KOIR MOSTI membuat persembahan di luar
hurmmmm...mcm mn la Cik Husna ni terjebak dalam koir ni kan...
semua orang kat Bahagian Cik Husna ni tak sangka yg Cik Husna boleh terlibat sama dalam group ni..
hahahaha...tak lain tak bukan, thanks tu Cik Keth n Cik Mai coz
usulkan nama Cik Husna kat Abg Zul (Ketua Koir) kita..
time tu aku just minat jer...nak kata bakat menyanyi tu tak la terror sangat pown...
hahahaha..

k la...Cik Husna tak nak bercerita panjang....
korang layan jer ek gambaq2 kat bawah ni...
kerja bertimbun atas meja ni..kena settle hari ni jgak...wuwuwuwuwuuuu
ptg karang ada latihan koir kat Studio Cikgu Siti Hajar plak kat Ampang...
so..kena cepat2 settlekan kerja walaupun sekarang time rehat....
hehehehe...
© © © © © © ©
Cik Husna & Kak Zu (walaupun anak dah 3 masih cun)
©
Satu rumah + Satu Ofis + Satu Group
©

Koir Mosti with Koir Kimia
©

Group Koir with Cikgu Siti Hajar, Cikgu Is & Kak Rima
©

sukanya time ni...gelak ketawa..hilang semua kedukaan
©

gediknya la time ni
©

Cik Mai la ni candid lak...
©


bergambar je budak dua orang ni
©

Mai n Kak Yus
©

posing lagi
©

Cik Husna & Cikgu Is
©

sukanya saat2 gembira masa ni
©

senyummmmm
©

3 anak dara pingitan
©

sempat ag posing dalam bas
©

peeeewiiitttt
©