25 November 2010

Tsunami & Letupan Gunung Merapi di Indonesia

Tsunami Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat

Tragedi Tsunami 25 Disember 2004 walaupun sudah beberapa tahun berlalu tapi peristiwa tu masih meninggalkan kesan di jiwa sebab bencana tsunami berkenaan adalah yang paling buruk berlaku zaman ini. Ketika itu, Acheh, Indonesia adalah bahagian yang paling teruk menerima kesannya. Tahun 2010 ini sekali lagi sejarah terpahat di negara jiran ini apabila sekali lagi Tsunami melanda di Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat.

Gunung Merapi Meletus

Gunung Merapi, gunung berapi berusia lebih 400,000 yang paling aktif di Indonesia, mulai meletus malam Selasa malam setelah beberapa hari menunjukkan tanda-tanda berlakunya letusan besar. Keadaan itu menyebabkan ribuan penduduk yang tinggal di lereng-lereng gunung melarikan diri ketika debu dan udara panas terpancut keluar dari gunung berkenaan.

Letusan gunung berapi merapi di Indonesia semakin mengorbankan banyak nyawa. Semalam sahaja lebih 50  orang maut apabila gunung berapi itu meletus lagi, yang dikatakan letusan paling kuat setakat ini. Apa yang lagi menerukkan keadaan apabila debu panas mula keluar ke kawasan penempatan dan membunuh mangsa dalam keadaan mangsa tertidur. Bacaan : kosmo, harian metro dan berita harian.

Terpana aku bila melihat gambar-gambar dan berita mengenai letusan Gunung Merapi di Indonesia baru-baru ni...Alhamdulillah, Malaysia sebuah negara yang bebas daripada gunung merapi...Takziah kepada mangsa-mangsa di sana...anggaplah apa yang berlaku semua adalah ujian dari Yang Maha Esa..Kelu lidah untuk bersuara dan hanya air mata menjadi peneman apabila melihat kejadian ini dan aku turut merasa keperitan dan kesusahan yang mereka alami di sana....Besarnya ujian yang Kau berikan kepada hamba-hambamu yang Kau sayangi...Sesungguhnya besarnya pahala diukur berdasarkan besarnya ujian dariMu....AllahuAkbar..






















Gambar diambil dari laman web: www.amazingnara.com

24 November 2010

:: I LOVE THE WAY YOU LIE ::

Wahhhh...mcm lirik lagu Rihanna ft Eminem la pulak tajuk kali ni...
Apa2 pon sabar je la atas apa yang dah berlaku..
Segala kesilapan yang kita buat dan lepas ni berhati2 lah mempercayai orang yang kita baru kenal...

Sesungguhnya.....manusia takkan pernah lari dari melakukan kesilapan
aku akan ingat apa yang kau buat...
aku akan ingat apa yang kau tipu aku

aku bukanlah bodoh sangat sampai nak percaya semua cakap ko
jgn berpura-pura bahagia jika kau sedang berduka..
tak baik tau menipu...
mak cakap kalu org menipu
Tuhan marah...kena potong lidah...
tu la masa kecik2 mak aku suka cakap...

apapun...aku tak mo cakap banyak...
buang masa ja nak layan orang mcm ko ni
banyak lagi keja lain yang aku nak wat...
dari melayan karenah yang memeningkan kepala aku....

adiosssssss..




09 November 2010

Pulangkan......!!!

kembalikan hak aku ! jangan kau simpan senyap hak aku !
ape kau tidak punyai hak sendiri !
mak aku cakap x baik ambik hak org lain !
BERDOSA !

kau faham x??
aku benci manusia yang tak pernah menepati janji…
aku dah tahu apa yang kau ucapkan padaku hanyalah sandiwara
rupa-rupanya di belakang kau dustai aku…
aku benci….benci…benci….
janji ntah kemana…hak aku kau rampas….

tolonglah la,,
kembalikan balik HARTA BENDA aku !
masa nak pinjam...bukan main manis kan mulut berbicara..
tapi sekarang...tgok apa yg dah terjadi...
kau tinggalkan aku tanpa sebarang berita...
mana janji-janji kau...
aku harap,,
aku dapat balik hak aku tu secepat mungkin..
jangan kau ingat aku akan berdiam diri..
melihat kamu tertawakan diriku...
aku akan terus meminta untuk mendapatkannya kembali...
insyaallah aku akan cube dapatkannye balik !