21 September 2010

Raya 2010


Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin

08 September 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Wahh....2 hari lagi nak raya.... Petang ni nak drive balik kampung...semoga semuanya selamat...aminnnn...

semalam tido pukul 3 pagi sbb nak siapkan jahit manik baju customer...
pagi ni dtg ofis mengantok n penat giler...dah la nak drive jauh ptg ni...nasib baik ada org temankan dalam perjalanan nnt..tak de lah terasa sangat sunyinya...

raya tahun ni mcm tak best jer...coz tak leh wat kuih raya kat mak kat kg....huhuhuhu
gaji plak blom dapat lagi setelah 2 bulan keja ngan gomen ni..so tak byklah membeli tahun ni untuk adik2..baju raya pown mak yang belikan...

tapi yang bestnya raya tahun ni...beraya ngan keta baru...(baru nak masuk 4 bulan)...dikira masih baru la kan...hahaha..so raya ni boleh la ronda2....bawa mak, abah dan adik2 beraya rumah saudara-mara...

macam tahun-tahun sebelum ni...malam raya mmg la lewat tido..mana nak kemas umah, nak masak rendang, tolong mak wat ketupat, n yang paling penting nak jahit manik kat baju raya...barulah glamour...

tak de mood je nak wat keja ofis hari ni..hatiku sudah ada di kampung...apa la mak n adik2 wat kat umah ek???hmmm...mesti dah men mercun tiap2 malam..pasang pelita keliling rumah...pasang lampu lip lap...barulah rasa kemeriahan menyambut aidilfitri..

makkkk.....tunggu kepulangan anakmu ini...