28 August 2010

Jodoh

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)


Gunakan seluruh pancaindera


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?



Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.



1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama



Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:


p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..

09 August 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak buat semua umat Islam...semoga Ramadhan kali ini membawa seribu nikmat dan pahala buat semua umat Islam..Semoga semua umat Islam dapat menjalani ibadah puasa dengan baik...aminnn....


Ibadat Puasa

Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.



Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.


Dalil
 
Firman Allah S.W.T:


“ “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183) ”

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

“ " Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......." ”


Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.


Lafaz niat

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.

Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”

Waktu berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
Hukum puasa

Puasa Wajib
  • Puasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam. Syariat puasa Ramadhan difardhukan kepada umat Muhammad s.a.w. pada tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam.
  • Puasa Kifarah.
  • Puasa Nazar.
Puasa Sunat
Hari-hari berikut disunatkan berpuasa bagi umat Islam:

  • Puasa enam hari pada bulan Syawal
  • Puasa pada Hari Arafah pada 9 Zulhijjah
  • Puasa pada Hari Asyura pada 10 Muharam
  • Puasa pada Hari Isnin dan Khamis
Puasa Haram
  • Puasa pada Hari Syak pada hari 30 Syaaban
  • Puasa pada Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal
  • Puasa pada Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah
  • Puasa pada Hari Tasyrik pada 11, 12, 13 Zulhijjah
  • Puasa perempuan haid & Nifas
  • Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
  • Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa
  • Puasa untuk orang lain dan yang ghaib serta tidak diniatkan kepada Allah SWT
Syarat wajib puasa

Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:

  • Berakal/waras
  • Baligh (cukup umur)
  • Mampu/tidak uzur.
Syarat sah puasa

Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:

  • Orang Islam
  • Berakal - tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.
Rukun puasa

Rukun puasa ada dua, iaitu:

  • Berniat pada malam harinya
  • Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.
Sunat puasa

Perkara-perkara berikut disunatkan ketika berpuasa:

  • Makan sahur serta melambatkannya
  • Menyegerakan berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
  • Menjamu orang-orang berbuka puasa
  • Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.
Perkara yang membatalkan puasa

Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:

  • Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila (hilang akal)
  • Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
  • Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
  • Murtad (keluar dari Islam)
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).
Mereka yang diizinkan berbuka

Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:

  • Orang yang sakit .
  • Orang yang berkerja buruh.
  • Orang yang dalam musafir (perjalanan).
  • Orang tua yang sudah lemah.
  • Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.
Doa buka puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت

Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

Kerugian meninggalkan puasa Ramadhan

Pahala puasa Ramadhan amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja, bukan saja telah melakukan satu dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

07 August 2010

Suka...Duka seorang Sahabat...

Salam semua...

Hari ni na nak kongsi satu cerita...ceritanya mcm ni....ada la sorang kawan na ni...kesian sngat kat dia....mgkin apa yang terjadi ada hikmahnya...harap dia bykkan bersabar....insyaAllah...mgkin Allah mahu menguji umatnya...

Ceritanya mcm ni...Dia ada la berkawan ngan seorang duda anak dua..dah lama sngat dia berkawan ngan duda tu...mgkin tak ada jodoh dia ngan duda tu..tp kisah dia ni sngt menyentuh perasaan na....ye la...kawan dah lama...saling sayang menyayangi..last2 terpaksa berpisah juga...terlalu byk halangan dan rintangan yang terpaksa dilalui...

Mereka mula berkenalan dalam laman web sosial iaitu tagged...sorang kat semenanjung n sorang lagi kat serawak...dah lama jgak la dia orang ni berkawan...kenal hati budi masing2 walaupon blom pernah berjumpa....masa tu blom timbul lagi perasaan kasih syg ni...just bertukar pendapat dan pengalaman hidup masing2...then..bila duda tu dah habis kerja kat sarawak...dia balik ke semenanjung...ye la keja kontrak je...bila habis kontrak terpaksa la tnggu dapat offer job yg baru...keja plak engineer...so balik tu menganggur la kejap...kebetulan kawan na ni n duda tu tggal tak jauh...so boleh la dia org berjumpa setelah lama berkawan...

Mula2 dia orang berjumpa tu, duda tu bawa anak2 dia keluar makan ngan kawan na ni..yang peliknya masa tu, kawan na ni yang kena kuar duit bayar makan kali pertama depa kuar..sebabnya atas alasan duda tu blom dapat gaji...keja kontrak plak tu...hmmm..masa tu anak2 duda tu bleh terima kawan na ni sbb kawan na ni mmg suka ngan budak2...

Setelah beberapa kali kuar, kawan na ni senang dgn duda tu...suka duka byk yg dia org berkongsi bersama...tp kebanyakkan kali dia org kuar..kawan na yg kena kuarkan belanja...then, pd suatu hari duda tu menyatakan hasrat dia untuk melamar kawan na ni...terkejut sngat kawan na ni...then kawan na ni cakap..kalu suka dtg la ke rumah..kenal2 ngan family dia dulu...

Keesokan harinya..dtg la si duda ni ngan anak2 dia skali untuk berkenalan ngan family kawan na tu..hmmm..byk kali jgak la dia g..ye la nak ambik hati family la katakan...then bila dia menyatakan hasrat nak meminang...family kawan na tu tak bleh nak terima atas sbb2 tertentu...kecewa giler kawan na ni...ye la...syg sngt dia ngan duda tu...masa dia berkawan ngan bekas pakwe2 dia dulu..tak pernah dia rasa dihargai mcm tu...

Kawan na ni sememangnya terlalu sngat masalah..na just cuma bleh menasihati apa yg terbaik buatnya...then...tanpa pengetahuan family dia...dia masih berjumpa ngan duda tu...ye la..susah kan nak lupakan seseorang...bila hubungan dia org hambar selepas penolakan tu...si duda ni wat hal la pulak....berkawan ngan org lain tanpa pengetahuan kawan na ni...mcm mana kawan na ni dapat tahu...semuanya melalui facebook...terkejut giler dia bila dapat tahu yang duda ni bercinta ngan org lain pdhal hubungan dia orang masih baik walaupon tidak direstui keluarga...

Bila ditanya...duda tu cakap just skandal biasa je...niat nak tolong je budak tu...so kawan na ni percaya la bulat2 apa yg dia cakap...sbb terlalu syg sngt2 dah..dah byk pengorbanan kawan na ni...apa2 pon snggup buat...tp satu je perkara yang dia tak dapat lakukan ialah bila duda tu ajak dia kawin lari...byk perkara yg perlu dia fikirkan apa yang akan terjadi bila dia lari ngan duda tu nnt...so keputusannya dia tak bleh wat perkara2 yg akan melukakan hati keluarganya walaupon dia sngat2 syg kat duda tu...

Hmm.....byk perkara yang na tak bleh ceritakan kat sini adalah disebabkan mahu menjaga amanat kawan na ni...cukuplah just sekadar berkongsi pengalaman hidup kawan na ni...sbb na minta dulu kebenarannya untuk menceritakan kisah dia ni..byk suka duka dia ngan duda ni yg dia tak bleh lupakan smpai ke hari ni walaupon dia baru mendapat tahu yang duda ini sudah pon berkahwin ngan budak td tu...

Saat ini, dia hanya menunggu duda itu kembalikan brg2 yg dipinjam masa duda tu susah dulu...dia terkilan dan sakit hati bila dapat tahu yang duda ni terpaksa wat keputusan demi anak2nya...n dia pon berharap yang duda tu akan bahagia selalu dgn pilihan hatinya walaupon masing2 masih saling sayang menyayangi...sekarang ni pon susah dia nak berhubung ngan duda tu sbb dia dah tukar no phone, facebook pon dah dia block, padahal kawan na la slalu top up kan untuk dia dulu...

Dia dapat tahu semua ini pon melalui blog budak yg dia kawin tu...setiap perkara apa yg budak tu postkan membuatkan kawan na ni slalu menangis, cemburu, sakit hati, benci, rindu..tapi apakan daya kan...pengorbanan takkan menjanjikan kebahagiaan...na harap tabahkan hati, banyakkan bersabar..mungkin apa yang berlaku kat awak ada hikmah di sebalik kejadian ni...na akan sentiasa menyokong awak..dan na faham tak mudah kita nak melupakan seseorang yang pernah bertakhta di hati ini...

* byk perkara yg na tak dapat nak ceritakan atas sbb2 tertentu...wat sahabat...na akan sentiasa beri sokongan moral...teruskan hidup ini walaupon hati awak byk terluka...na faham sngat apa yg awak rasakan...harap akan ada seseorang akan hadir dalam hidup awak dan sayangkan awak nnt...aminnnn



Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Lirik Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir AF8




Tak perlu ucapkan sepatah kata

Kerna lantang terbaca dari muka

Kau dan daku sudah tiada

Keserasian di jiwa

Mungkin magisnya sudah hilang



Tak perlulah kita mencuba lagi

Betulkan kesilapan perhubungan ini

Bila setiap perbincangan

Menjadi perbalahan

Manakah agaknya cinta kasih





Chorus

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum

Bunga yang layu pada musim luruh

Yang dulunya mekar di sinar suria

Bila sudah kering pasti akan gugur



Seperti cinta kita yang jelas ternyata

Semakin lama oh semakin rekah

Menimbulkan tanya apa mungkin kita

Temu kebahagiaan dalam perpisahan



Usah titis air mata kau tangiskan

Ku dah cukup menampung selautan

Begitu lama ku pendam

Tapi hanya berdiam

Kerna cuba menafi realiti



Ulang Chorus



Seperti cinta kita yang jelas ternyata

Semakin lama oh semakin rekah

Menimbulkan tanya apa mungkin kita

Temu kebahagiaan dalam perpisahan



Kebahagiaan dalam perpisahan



“Tempat untuk berbahagia itu ada di sini. Waktu untuk berbahagia itu kini. Cara untuk berbahagia ialah dengan membuat orang lain berbahagia” – Robert G. Ingersoll


Apakah saat ini merasa bahagia? Di mana letak kebahagiaan Anda sesungguhnya? Apakah pada moleknya tubuh? Jelitanya rupa? Tumpukan harta? ….atau barangkali punya mobil mewah & tingginya jabatan?

Jika itu semua sudah Anda dapatkan, apakah Anda bisa memastikan bahwa Anda “akan” bahagia?

Pertanyaannya… di mana kita bisa mencari kebahagiaan? Apakah di pusat pertokoan? Salon kecantikan yang mahal? Restoran mewah? Di Hawaii? di Paris? atau di mana? Sesungguhnya, kebahagiaan itu tidak perlu dicari kemana-mana…karena ia ada di hati setiap manusia.Carilah kebahagiaan dalam hatimu!

Telusuri ‘rasa’ itu dalam kalbumu! Percayalah, ia tak akan lari kemana-mana…

Hari ini saya akan berbagi tips bagaimana kita sesungguhnya bisa mendapatkan kebahagiaan “setiap hari”. Berikut adalah tips yang bisa Anda lakukan:

1.Mulailah Berbagi!

Ciptakan suasana bahagia dengan cara berbagi dengan orang lain. Dengan cara berbagi akan menjadikan hidup kita terasa lebih berarti.

2.Bebaskan hati dari rasa benci, bebaskan pikiran dari segala kekhawatiran.

Menyimpan rasa benci, marah atau dengki hanya akan membuat hati merasa tidak nyaman dan tersiksa.

3.Murahlah dalam memaafkan!

Jika ada orang yang menyakiti, jangan balik memaki-maki. Mendingan berteriak “Hey! Kamu sudah saya maafkan!!”. Dengan memiliki sikap demikian, hati kita akan menjadi lebih tenang, dan amarah kita bisa hilang. Tidak percaya? Coba saja! Saya sering melakukannya.

4.Lakukan sesuatu yang bermakna.

Hidup di dunia ini hanya sementara. Lebih baik Anda gunakan setiap waktu dan kesempatan yang ada untuk melakukan hal-hal yang bermakna, untuk diri sendiri, keluarga, dan orang lain. Dengan cara seperti ini maka kebahagiaan Anda akan bertambah dan terus bertambah.

5.Dan yang terakhir, jangan terlalu banyak berharap pada orang lain, nanti Anda akan kecewa!

Ingat, kebahagiaan merupakan tanggung jawab masing-masing, bukan tanggung jawab teman, keluarga, kekasih, atau orang lain. Lebih baik kita perbanyak harap hanya kepada Yang Maha Kasih dan Kaya. Karena Dia-lah yang menciptakan kita, dan Dia-lah yang menciptakan segala ‘rasa’, termasuk rasa bahagia yang selalu Anda inginkan.

06 August 2010

Hidup Baru

warghhhh...dah lama tak update blog ni...dah la baru je buat....rindu pulak rasa nak luahkan hati n perasaan ni...suka...duka....menyampah....sakit hati....meluat....sayang....rindu....semua ada....
hmmmm....sekarang ni na keja kat putrajaya...lapor diri di Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi pada 21 Julai 2010 ...sebelum tu, na datang Shah Alam drive dari rumah bersama mak n adik perempuan na pada hari isnin ptg,19 Julai 2010 pukul 5 ptg..
Sampai je Shah Alam pd pukul 9 mlm...mula la rasa tak sedap badan...batuk...selsema..alahai...dah la hari rabu nak kena lapor diri ni...minta2 jgnlah demam.....then, pd keesokan harinya....na demam teruk...demam panas..adussss....batuk, selsema semua ada...huhuhuhuhu....tido je satu hari...lpas makan ubat...
Hari nak lapor diri tu. demam lom ok lagi..sora pon tarak...punya la teruk demam...dah lama tak demam mcm ni...nasib badan la....abg na antaq na kat Putrajaya untuk lapor diri kerja baru....hmmm....masa tu dok ketaq...mana la dia org nak campak aku ni....last2 dapat la kat Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi ni...masa dok sini seminggu kat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia ni...dalam hati pulak tertanya-tanya mana depa nak antaq aku...akhirnya persoalan sudah terjawab....penempatan na kat blok ni jgak...Bahagian Kewangan...
Masa mula-mula datang lapor diri kat Bhg Kewangan...gemuruhnya rasa...mcm mana la penerimaan staf2 yg ada kat sini...ok ker...??????so far....ada yg ok n ada jgak yang tak ok..biasalah tak semua org sama kan...
hmmm...masa na update blog ni..dah seminggu na start wat keja kat sini...yang paling tak bestnya...tak bleh nak ym, facebook, tagged...semua dia org block....huargggggghhhhh....kat kementerian len tak de la pulak nak blocknya....huhuhuhuh..
apa lagi ek nak cakap...byk benda nak cerita sebenarnya.....mcm2 perkara dah berlaku sejak aku berada di sini....sesat jalan la...suka...suka..rindu...benci...semua ada...huhuhu...lain kali la pulak na citer satu2 k...papehal...insyaAllah na akan cuba lupakan semua yang dah berlaku n teruskan hidup na mcm biasa.....aminnnnn...wish me good luck...